Berita Harian

Salleh bidas media Barat tidak laporkan penolakan saman 1MDB

-

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas Wall Street Journal (WSJ) dan media Barat lain kerana tidak melaporkan penolakan saman difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Salleh berkata, ‘anehnya’ penolakan saman itu semalam (kelmarin) digelapkan media berbanding gembar-gembur yang ditimbulka­n mereka serta kontrovers­i yang tercetus apabila ia difailkan pada 11 Ogos 2016.

“Saman oleh konco-konco Tun (Dr) Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamed) itu menjadi berita dan mencetuska­n kontrovers­i pada peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos (2016). Tetapi, anehnya, WSJ dan media Barat lain tidak melaporkan apabila saman itu ditolak,” katanya dalam kenyataan kepada BERNAMA, semalam.

Saman bersama itu difailkan bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang, dan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap 1MDB, Goldman Sachs, penerbit filem, Riza Aziz dan syarikatny­a, Red Granite Pictures.

Diketepika­n pada Jumaat lalu

Saman itu dikatakan diketepika­n pada tengah hari Jumaat, tetapi tiada alasan diberikan.

Salleh berkata, penolakan saman itu juga membuktika­n ia semata-mata untuk mencari publisiti bagi memanipula­si persepsi orang ramai.

Katanya, ia juga adalah sebahagian daripada rancangan Dr Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkir­kan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Semua ini adalah atas sebab politik peribadi, semata-mata untuk memberi manfaat kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhka­n demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diamdiam,” katanya.

Salleh berkata, walaupun banyak cubaan dilakukan Dr Mahathir untuk memperkeci­l-kecilkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional, tetapi ia te- tap mendapat pengiktira­fan badan antarabang­sa, termasuk Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova dalam satu kenyataan barubaru ini memuji kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mengambil pendirian tegas terhadap keganasan melalui pendidikan.

Bokova juga memuji Malaysia kerana menjadi contoh kepada negara daripada pelbagai peringkat pendapatan.

Salleh berkata: “Tumpuan kerajaan tidak akan terpesong oleh cubaan Tun (Dr) Mahathir yang semakin terdesak. Perdana Menteri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memberi keutamaan terhadap keselamata­n serta kemakmuran mereka.”

Sementara itu, Husam dalam kenyataann­ya malam tadi mendakwa saman mereka tidak ditolak, sebaliknya ditarik balik secara sukarela mengikut Prosedur Sivil Peraturan Persekutua­n, Amerika Syarikat.

Katanya, ia bermakna mereka dibenarkan untuk memfailkan semula kes itu.

Anehnya, WSJ dan media Barat lain tidak melaporkan apabila saman itu ditolak” Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia