Berita Harian

Kembara 17,000km promosi Pahang

17 kenderaan pacuan empat roda, 68 peserta berkonvoi ke London

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

̌

Konvoi 17 kenderaan pacuan empat roda yang bakal merentasi laluan 17,000 kilometer bagi mempromosi Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 dilepaskan dari sini, semalam untuk ke United Kingdom.

Pelepasan konvoi 68 peserta yang bakal diuji daya tahan mental dan fizikal mereka sepanjang kembara berkenaan, disempurna­kan oleh penaung program Kembara TMP 2017 merangkap EXCO Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Yang turut hadir Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Pahang, Datuk Ishak Mokhtar serta Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharafuddi­n Abdul Ghani.

Kelmarin, diadakan solat hajat dan taklimat perjalanan program berkenaan yang turut disertai wartawan dan jurufoto The New Straits Times Press (M) Berhad dan pelbagai organisasi lain, termasuk wakil Tourism Pahang, dua pegawai perubatan serta pasukan teknikal kenderaan.

Misi pikat 15 juta pelancong

Konvoi 50 hari itu akan melalui 11 negara, iaitu Thailand, Laos, China, Kazaksthan, Russia, Belarus, Poland, Jerman, Belanda, Belgium dan Perancis sebelum berakhir di London. Ia bagi mempromosi Pahang kepada rakyat luar Malaysia, di samping memenuhi sasaran menarik 15 juta pelancong ke Pahang ini tahun depan.

Lima lokasi akan disinggahi konvoi bagi menjayakan program mempromosi destinasi menarik di Pahang, iaitu Kunming dan Chengdu di China; Astana di Kazakhstan; Moscow di Russia serta pameran pelanconga­n terbesar dunia, ‘World Travel Market’ di kota London yang dijadual pada 8 dan 9 November ini.

Ketua Ekspedisi Kembara TMP 2017, Datuk Zamri Mohamed, berkata pelbagai cabaran dijangka dihadapi peserta, terutama suhu dan cuaca, khususnya di kawasan pergununga­n di China, selain kesulitan di pintu masuk sempadan negara yang akan dikunjungi sebelum konvoi dijangka tiba di London pada 5 November.

“Memandangk­an jumlah 68 peserta konvoi itu ramai, sudah pasti memberi cabaran, terutama di pintu sempadan dengan pemeriksaa­n ketat ke atas peserta dan kenderaan. Namun, ia sememangny­a dijangka dan kami bersedia menghadapi sebarang kesulitan sepanjang kembara ini,” katanya.

 ??  ?? Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan dan Perlancong­an Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (dua dari kanan) melepaskan peserta konvoi Kembara Eropah Tahun Melawat Pahang 2017 di pekarangan pejabat Tourism Pahang. → Taman Negara Pahang →...
Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan dan Perlancong­an Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (dua dari kanan) melepaskan peserta konvoi Kembara Eropah Tahun Melawat Pahang 2017 di pekarangan pejabat Tourism Pahang. → Taman Negara Pahang →...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia