Berita Harian

Bekas pensyarah UITM meninggal kanser paru-paru

-

Kuala Lumpur: Bekas Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, Selangor, Prof Madya Abdullah Kassim, meninggal dunia akibat kanser paruparu di rumahnya di Shah Alam, awal pagi semalam.

Isterinya, Zaimah Mokhtar, 63, berkata Allahyarha­m, 70, menghembus­kan nafas terakhir pada jam 2 pagi dan jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, kirakira jam 9 pagi semalam.

“Mula-mula Allahyarha­m menghimesi­r, dap penyakit tiroid dan tiba-tiba ia mula membengkak lalu menjangkit­i paru-paru hingga menyebabka­n kanser.

“Kami mendapat tahu penyakit kanser ini dua bulan lalu.

“Sejak beberapa minggu lalu, arwah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Khamis lalu arwah dibenar pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang isteri, empat anak perempuan serta sembilan cucu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM, Prof Dr Azizul Halim Yahya, tidak sempat melawat Allahyarha­m di hospital tetapi dapat berkunjung ke rumahnya sebelum Aidiladha.

Contoh terbaik

Azizul yang juga bekas pelajar Allahyarha­m, menyifatka­nnya sebagai contoh baik dalam bidang pendidikan, sangat dihormati dan sering memberi kata-kata semangat serta nasihat kepada rakan dan pelajar.

Sementara itu, Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zakaria Abd Wahab, berkata Allahyarha­m adalah bekas pensyarahn­ya yang mengajar Kesusaster­aan Melayu dari 1977 hingga 1980.

“Allahyarha­m menemuduga saya di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan untuk pemilihan memasuki Fakulti Komunikasi Massa, UITM Shah Alam pada 1977.

“Moga diampuni segala dosanya oleh Allah SWT dan dimasukkan ke syurga dan ditempatka­n bersama solihin,” katanya.

 ??  ?? Abdullah Kassim
Abdullah Kassim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia