Berita Harian

Usaha kumpul maklumat pelajar siap dua minggu

KPT prihatin, cuba bantu selesaikan masalah sebaik mungkin

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad bhnews@bh.com.my

Usaha mengumpul maklumat lengkap mengenai jumlah sebenar pelajar persendiri­an dari Malaysia, tertunggak yuran pengajian hingga berdepan penyingkir­an daripada lapan universiti di Mesir, dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

Tempoh itu perlu bagi membolehka­n maklumat lengkap dan bukti dikumpul, yang merangkumi keputusan peperiksaa­n, rekod kehadiran kelas serta latar belakang keluarga setiap pelajar yang terjejas.

Susulan tiga pertemuan berlangsun­g, persatuan pelajar Malaysia di berharap tindakan segera diambil Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung isu terbabit.

Sejurus tiba Selasa lalu, delegasi KPT diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Kamel Mohamad dan Pengarah Bahagian Pendidikan Malaysia KPT, Jamalulail Abu Bakar, menghadiri tiga pertemuan dengan wakil pelajar.

Jumpa 35 wakil pelajar

Setiausaha Agung Majlis Perundinga­n Mahasiswa Malaysia Mesir (MP3M), Dhiyauddin Athir Nadzari, yang menghadiri pertemuan di Kaherah, berkata seramai 35 wakil pelajar menyertai perjumpaan pertama itu.

Beliau berkata, sepanjang pertemuan selama tiga jam, KPT melahirkan rasa prihatin terhadap pelajar yang berdepan masalah kewangan dan akan cuba membantu sebaik mungkin.

“Susulan pertemuan, wakil KPT meminta bantuan kami menerusi Projek HOPE, untuk mengumpul data lengkap mengenai semua pelajar yang sedang dilanda masalah kewangan dan yuran tertunggak.

“Sukarelawa­n Projek HOPE akan cuba mengumpul segera segala maklumat diperlukan termasuk keputusan peperiksaa­n, rekod kehadiran pelajar ke kelas dan latar belakang keluarga, yang dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kami amat berharap KPT menjadi pemudah cara untuk mendapatka­n bantuan daripada mana-mana pihak yang mahu membantu pelajar yang terjejas di sini,” katanya ketika dihubungi di Mesir, semalam.

Susulan pendedahan dan laporan

BH sejak 15 September lalu, delegasi KPT dihantar ke Mesir, untuk mengenal pasti isu berkaitan tunggakan yuran yang dihadapi kira-kira 150 pelajar persendiri­an dari Malaysia.

Delegasi terbabit turut mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Kos sara hidup meningkat

Kumpulan pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian masing-masing itu, dilaporkan berdepan tunggakan yuran kira-kira AS$8,000 (kira-kira RM33,000) setahun, ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan peningkata­n kos hidup di Mesir.

Keadaan itu menyebabka­n kira-kira 150 pelajar terjejas berdepan tunggakan yuran antara satu dan dua tahun pengajian berjumlah kira-kira RM4.5 juta.

Mengenai langkah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) mahu melancarka­n tabung kutipan derma, Dhiyauddin yang juga Ahli Jawatan Kuasa Projek HOPE, berkata pihaknya sudi bekerjasam­a dengan GPMS bagi menyelaras­kan bantuan tabung berkenaan.

“Kami sudi bekerjasam­a dengan KPT, GPMS dan mana-mana pihak dalam menangani isu membabitka­n kebajikan pelajar di sini,” katanya.

 ??  ?? Dhiyauddin (duduk tiga dari kiri) dan wakil MP3M bersama Kamel (duduk empat dari kanan) selepas pertemuan berkaitan pelajar yang menghadapi masalah kewangan di Kaherah, Mesir, Selasa lalu.
Dhiyauddin (duduk tiga dari kiri) dan wakil MP3M bersama Kamel (duduk empat dari kanan) selepas pertemuan berkaitan pelajar yang menghadapi masalah kewangan di Kaherah, Mesir, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia