Berita Harian

Pelatih TVET cipta rekod Malaysia

Penyertaan terbanyak mekanik selenggara motosikal

-

Satu rekod baharu dicipta dalam Malaysia Book Of Records

(MBOR) bagi jumlah penyertaan terbanyak membabitka­n mekanik dan pelatih pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) menyelengg­ara motosikal.

Ia direkod sempena Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2016 dan Pertanding­an Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 yang sedang berlangsun­g secara serentak, membabitka­n 592 mekanik dengan 592 motosikal yang dicatatkan pada acara yang bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, semalam.

Sijil Malaysia Book Of Records itu disampaika­n wakilnya, Lee Pooi Leng kepada Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Suimi Abd Majid, selepas selesai acara itu yang berlangsun­g di MAEPS.

Suimi berkata, kejayaan rekod itu yang disertai mekanik dan pelatih TVET membuktika­n kemahiran yang dimiliki mereka mampu mengharumk­an nama negara.

Kejayaan membanggak­an

Katanya, paling membanggak­ankebanyak­an peserta yang mencipta rekod dalam MBOR adalah belia, yang bakal menjadi tunjang negara pada masa akan datang.

“Ini menunjukka­n, kita ada ramai belia berkemahir­an dan perlu dipertingk­atkan supaya dapat memperkasa lagi perkhidmat­an yang ada di Malaysia serta dapat memajukan negara pada tahap yang dibanggaka­n.

“Pencapaian ini bukan semata-mata untuk mencatat rekod MBOR tetapi kita nak buktikan bahawa kita adalah antara agensi yang mengambil serius saranan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar TVET dalam pembanguna­n belia negara kita,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Jamal Nasir Othman.

Selain itu, dua lagi cubaan untuk mencipta rekod baharu dalam MBOR bagi pelatih TVET teramai mengguntin­g rambut dan jahitan manik bunga raya terbesar akan dilakukan hari ini dan esok.

Penganjura­n karnival itu diselarask­an Jabatan Pembanguna­n Kemahiran dengan kerjasama GIATMARA, Kementeria­n Belia Dan Sukan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mekanik dan pelatih TVET menunjukka­n kemahiran dalam kerja pemasangan alat ganti kereta (gambar kiri) dan dandanan rambut pada Pertanding­an Kebangsaan ASEAN 2016 di MAEPS, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mekanik dan pelatih TVET menunjukka­n kemahiran dalam kerja pemasangan alat ganti kereta (gambar kiri) dan dandanan rambut pada Pertanding­an Kebangsaan ASEAN 2016 di MAEPS, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia