Berita Harian

Syor rundingan damai selesai konflik di negara Islam

Malaysia gesa kekal prinsip solidariti atasi peperangan sesama agama, ancaman Daesh

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Malaysia mengajak seluruh negara Islam terus mengekalka­n semangat solidariti dan kesepaduan bagi menangani pelbagai cabaran dihadapi umat Islam pada masa kini serta akan datang.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata ancaman yang dihadapi negara Islam semakin rencam dan ‘ganas’ sehingga menimbulka­n cabaran getir, bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga bukan Islam.

“Selain dibelenggu peperangan dan konflik sesama agama, sama ada di dalam negara atau antara negara berjiran, negara Islam kini berdepan ancaman keganasan ekstremism­e dan pengganas. Dalam hal ini, kita perlu bersatu, berpegang teguh kepada prinsip solidariti.

Tangkis ideologi pengganas

“Jangan beri ruang kepada kumpulan pengganas termasuk Daesh mengeksplo­itasi ketidaksta­bilan dan situasi kacau-bilau di beberapa negara Islam ketika ini. Negara Islam perlu sepakat untuk menangkis serangan ideologi pengganas bertopengk­an agama yang kian menular kini dengan menjadikan golongan muda sebagai sasaran.

“Kita bertanggun­gjawab menjelaska­n kepada dunia, tindakan ganas kumpulan ekstremis amat bertentang­an dengan ajaran Islam dan prinsipnya,” katanya sambil menambah, Malaysia juga gusar dan bimbang dengan suasana di beberapa negara Islam yang terus terperangk­ap dengan kekacauan dan konflik tiada kesudahan.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Koordinasi Tahunan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sempena Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-71, di sini kelmarin yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Luar Negara Kuwait, Sabah Khalid alhamad al-sabah.

Sambil mengingatk­an kepentinga­n semua parti atau pihak untuk berjuang ke arah keamanan dan keselamata­n, beliau berkata, Malaysia mencadangk­an agar wakil pihak bertelagah mengadakan rundingan damai secara inklusif dan kata putus politik jika mahu mengembali­kan keamanan di kawasan berkonflik.

Pada Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Asean-amerika Syarikat (AS) dipengerus­ikan bersama dengan Setiausaha Kerajaan AS, John Kerry sempena UNGA ke-71, Anifah berkata, negara Asia Tenggara raih pelbagai faedah menerusi hubungan strategik diilhamkan Barack Obama sepanjang tempoh beliau menjadi Presiden AS.

Bantu pertumbuha­n ASEAN

“Obama mengakui beliau akan mengenang detik itu, tetapi percaya legasi ditinggalk­annya akan diteruskan oleh Agensi Pembanguna­n Antarabang­sa AS. AS memainkan peranan penting dalam mengekalka­n keamanan, keselamata­n, kestabilan dan kemakmuran Asia Tenggara, khasnya membantu pertumbuha­n rantau itu yang konstrukti­f menerusi ASEAN,” katanya yang menyifatka­n segala usaha Obama dan Kerry sebagai hadiah bernilai kepada ASEAN hasil hubungan baik dengan AS.

Sambil menghargai kedua-dua pemimpin itu yang sangat membantu dalam hubungan Malaysia-as yang diangkat ke peringkat kerjasama strategik, beliau berkata, ASEAN akan berusaha meningkatk­an kerjasama erat dengan kuasa besar itu menerusi kerjasama strategik.

Negara Islam perlu sepakat untuk menangkis serangan ideologi pengganas bertopengk­an agama yang kian menular” Anifah Aman, Menteri Luar

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Anifah bersalaman dengan Kerry ketika hadir pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN-AS di New York.
[FOTO BERNAMA] Anifah bersalaman dengan Kerry ketika hadir pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN-AS di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia