Berita Harian

Kempen #Aidforsyri­a sasar kumpul RM22.5 juta

-

Kuala Lumpur: Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) meneruskan usaha membantu rakyat Palestin dan Syria di kem pelarian dengan melancarka­n kempen #Aidforsyri­a bagi mengumpul sumbangan sehingga April tahun depan.

Kempen mengandung­i dua pakej utama, iaitu Pakej Bantuan Musim Sejuk (BMS) bernilai RM150 dan RM10 bagi Pakej Ten4syria yang difokuskan secara dalam talian dengan sasaran mengumpul sehingga RM22.5 juta.

Berdepan musim sejuk

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Awang Suffian Awang Piut, berkata Pakej BMS adalah dalam bentuk 30,000 lot bantuan makanan, alat pemanas dan perubatan untuk lebih 5,000 keluarga yang puratanya mempunyai tujuh ahli atau keseluruha­n 35,000 penduduk bagi menghadapi musim sejuk di Syria.

“Kempen dinamakan ‘Aid4syria’ kerana Syria juga sebahagian daripada bumi Syam. Jadi untuk membebaska­n Palestin daripada cengkaman Zionis, perlu masuk ke bumi Syria,” katanya pada sidang media pelancaran kempen berkenaan.

Agih lembu, kambing

Yang turut hadir, pelakon cilik, Mia Sarah Nasuha Muhammad Ridhuan; Pencetus Ummah (PU) Yeop dan selebriti Youtube, Hasbi Muh Ali yang juga duta Aman Palestin.

Awang Suffian berkata, pihaknya juga mengagihka­n 137 lembu dan 387 kambing di tiga negara, iaitu Syria, Lubnan dan Palestin sempena Aidiladha lalu yang kosnya ditanggung hasil sumbangan seluruh rakyat negara ini.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Mia Sara (tengah pegang), Hasbi (dua dari kanan) dan Awang Suffian (kanan) menerima sumbangan dana daripada orang ramai pada majlis pelancaran Kempen #Aidforsyri­a di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Mia Sara (tengah pegang), Hasbi (dua dari kanan) dan Awang Suffian (kanan) menerima sumbangan dana daripada orang ramai pada majlis pelancaran Kempen #Aidforsyri­a di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia