Berita Harian

Negara Islam dituntut bantu pelarian

Sebahagian besar wanita, kanak-kanak derita akibat konflik kemanusiaa­n, peperangan

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Turki menuntut solidariti negara Islam untuk membantu pelarian seagama, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak yang menderita akibat konflik kemanusiaa­n serta peperangan.

Timbalan Menteri Keluarga dan Dasar Sosial Turki, Mehmet Ersoy, berkata dunia Islam menghadapi cabaran yang sangat besar, khususnya berkaitan pelarian, selain peperangan dan konflik dalaman.

Berpanduka­n kitab al-quran

“Justeru, amat penting negara Islam memahami dan menyelesai­kan masalah ini menerusi persaudara­an berpanduka­n kitab al-quran,” katanya kepada media selepas Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabang­sa 2016 (WISE 2016), di sini, semalam.

Persidanga­n tiga hari mulai kelmarin itu dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Forum Islam Sedunia (WIF).

3.5 juta jadi mangsa

Ersoy berkata, ada 3.5 juta penduduk Islam di seluruh dunia dikesan menjadi mangsa kekerasan, keganasan dan diskrimina­si sehingga menjadi pelarian, malah di Turki sahaja, ada 250,000 pelarian khususnya dari Syria, Palestin dan Yaman yang perlu dibela, terutama dalam aspek pendidikan dan kesihatan.

“Kami percaya satu-satunya cara untuk menyelesai­kan konflik ini adalah untuk berada dalam solidariti, khususnya solidariti negara Islam,” katanya sambil menambah, isu berkaitan pelarian wanita dan kanakkanak antara topik diketengah­kan Turki pada WISE 2016.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesamarata­an Wanita dan Lelaki Turki yang juga Ahli Parlimen Kocaeli, R Sezer Katirciogl­u, berkata akses terhad terhadap kesihatan dan pendidikan dalam kalangan wanita adalah antara isu lain yang dibawa Turki pada persidanga­n di sini.

Justeru, amat penting negara Islam memahami dan menyelesai­kan masalah ini menerusi persaudara­an berpanduka­n kitab alquran” Mehmet Ersoy, Timbalan Menteri Keluarga dan Dasar Sosial Turki

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia