Berita Harian

Medtweet.my tangkis mitos

-

Petaling Jaya: Kekerapan persoalan berkaitan mitos sebagai punca penyakit, mencetuska­n ilham kepada Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (Medtweet.my) menghasilk­an buku bertajuk #Perangmela­wanmitos dalam masa terdekat.

Presiden Medtweet.my, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, berkata soalan berkaitan mitos paling banyak disoal sejak Medtweetmy ditubuhkan sehinggala­h sekarang.

“Asalnya, mitos ini adalah bentuk larangan orang dulu-dulu tetapi lama-kelamaan ia menjadi kepercayaa­n.

“Antara soalan mitos paling kerap ditanya adalah larangan mandi malam yang dikatakan menjadi punca penyakit paru-paru berair.

“Walaupun kami kerap menjawab ia bukan punca penyakit paru-paru berair, pengikut kami di laman sosial Twitter menerusi #Medtweetmy masih bertanyaka­n perkara sama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan dan Pelancaran Medtweet.my di sini, semalam.

Pelancaran pertubuhan itu disempurna­kan oleh Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan Kementeria­n Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Kumpul soalan mitos untuk dibukukan

Dr Khairul Hafidz berkata, ahli Medtweet.my giat mengumpul soalan mitos yang popular serta jawapan untuk dibukukan sebagai panduan kepada orang ramai, terutama golongan muda yang menjadi pengikut teramai #Medtweetmy.

“Mitos ini membuatkan orang ramai mendapat maklumat salah sejak turun-temurun dan penerbitan buku ini diharap dapat memberi maklumat serta membimbing masyarakat berhubung penjagaan kesihatan yang betul,” katanya.

Medtweet.my yang ditubuhkan pada 10 Januari lalu, mempunyai 53 ahli daripada 38 disiplin perubatan berbeza.

Mereka bertanggun­gjawab merungkai soalan berkaitan penyakit dan penjagaan kesihatan serta nasihat menerusi laman sosial.

Keanggotaa­n Medtweet.my merangkumi pakar perunding, pakar perubatan, pegawai kesihatan dan pensyarah universiti daripada pelbagai disiplin.

Asalnya, mitos ini adalah bentuk larangan orang dulu-dulu tetapi lama-kelamaan ia menjadi kepercayaa­n” Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, Presiden Medtweet.my

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Dr Azman (dua dari kiri) pada pelancaran Medtweetmy, di Damansara, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Dr Azman (dua dari kiri) pada pelancaran Medtweetmy, di Damansara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia