Berita Harian

Ajal atas dahan pokok

Mangsa ditemui terkulai pada ketinggian 4 meter akibat serangan jantung

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Seorang peniaga ditemui tidak bernyawa ketika membantu rakannya memotong dahan pokok di hadapan rumah dalam kejadian di Bayu Lake Homes, Mantin, dekat sini, semalam.

Nik Abdul Rahman Mohd Nor, 59, ditemui orang ramai pada jam 9.15 pagi dalam keadaan terkulai dan tersangkut lebih 30 minit pada dahan pokok setinggi empat meter .

Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Zaldino Zaludin, berkata mangsa memaklumka­n kepada isterinya ingin keluar rumah untuk memotong dahan pokok di rumah jiran pada jam 7.45 pagi.

Pada jam 9.17 pagi, katanya, wanita itu dimaklumka­n suaminya tidak sedarkan diri dan tersangkut pada dahan pokok.

Bomba turunkan mangsa

“Bomba dihubungi untuk membantu menurunkan mangsa. Bagaimanap­un, pegawai perubatan mengesahka­n lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Laporan bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, mengesahka­n mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung, manakala pemeriksaa­n pada tubuh tidak mengesan kecederaan kecuali lebam di hidung,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Jabar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 pagi dan bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan enam pegawai dan anggota.

Katanya, anggota bomba memanjat pokok dan mengambil masa kirakira 10 minit menurunkan mangsa.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarha­m Nik Abdul Rahman dikenali sebagai seorang yang rajin membantu.

“Ini bukan kali pertama arwah memotong dahan pokok kerana selalu menawarkan diri membantu melakukan kerja itu,” katanya.

Usaha pihak media menemubual keluarga mangsa tidak berjaya kerana enggan diganggu.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Ahli keluarga Nik Abdul Rahman (gambar kecil) menunggu proses bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Ahli keluarga Nik Abdul Rahman (gambar kecil) menunggu proses bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia