Berita Harian

Makin ramai Bumiputera Sarawak melabur

Bank Rakyat optimis potensi simpanan kanak-kanak

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Bank Rakyat yakin segmen simpanan kanak-kanak di Sarawak mencatat pertumbuha­n positif berikutan kesedaran masyarakat, terutama golongan Bumiputera, terhadap kepentinga­n pelaburan sebagai jaminan masa depan.

Bagi menggalakk­an usaha itu, Bank Rakyat buat julung kalinya menganjurk­an Karnival Mini Kelab Nuri di Stadium Negeri, di sini semalam, sebagai inisiatif jangka panjang ke arah memperkuku­hkan segmen berkenaan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, berkata penganjura­n karnival berkenaan adalah sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Bank Rakyat, selain sebagai penghargaa­n terhadap sokongan masyarakat.

Tarik kanak-kanak jadi ahli Kelab Nuri

“Karnival ini adalah antara platform bagi menarik lebih ramai kanak-kanak menjadi ahli Kelab Nuri, selain mendidik mereka menabung pada usia muda.

“Banyak program pengisian berbentuk kekeluarga­an diselitkan dalam karnival ini bagi mengeratka­n hubungan ibu bapa dan anak,” katanya ketika ditemui BH, semalam.

Beliau berkata, Program Pecah Tabung adalah antara aktiviti mendapat perhatian kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun.

Katanya, lima tabungan tertinggi memenangi baucar Akaun Simpanan-i Nuri masing-masing bernilai RM1,000, RM500, RM400, RM300 dan RM200,” katanya.

Nizam berkata, Program Pecah Tabung sepanjang tahun lalu mencatat kutipan RM3 juta menerusi penganjura­n karnival berkenaan di seluruh negara dan pihaknya yakin Sarawak ini mampu menyumbang angka signifikan untuk program sama, tahun ini.

 ??  ?? Ketua Wilayah Sarawak, Bank Rakyat, Mohd Salleh Talib (barisan belakang, lima dari kiri) dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Satok, Yusof Hashim (barisan belakang, lima dari kanan) bersama peserta pertanding­an memasak sempena Karnival Kelab Nuri di Kuching, semalam.
Ketua Wilayah Sarawak, Bank Rakyat, Mohd Salleh Talib (barisan belakang, lima dari kiri) dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Satok, Yusof Hashim (barisan belakang, lima dari kanan) bersama peserta pertanding­an memasak sempena Karnival Kelab Nuri di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia