Berita Harian

Nestle tingkat kesedaran kepentinga­n susu

Kempen sejak April sasar 100 lokasi di seluruh negara

- Oleh Nur Fatin Mohd Satar

Nestle Malaysia Berhad (Nestle) menganjurk­an ‘Kempen Roadshow Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestle Everyday’ dengan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak, semalam.

Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle Malaysia Milks, Ng Su Yen, berkata kempen berkenaan bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n pengambila­n susu menerusi diet berkhasiat dan seimbang dalam kalangan ahli keluarga.

“Rakyat Malaysia sentiasa mencari cara berkesan untuk membekalka­n khasiat kepada ahli keluarga tanpa membebanka­n masa dan perbelanja­an rumah.

“Kami teruja membawa siri jelajah ini menemui masyarakat. Kesedaran mengenai pengambila­n susu adalah penting, terutama bagi penduduk bandar yang menanggung kos sara hidup lebih tinggi berbanding luar bandar,” katanya.

Beliau ditemui pada Kempen Roadshow Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestle Everyday, di sini, semalam.

Su Yen berkata, susu Nestle Everyday diperkaya dengan Max Nutre dan sesuai untuk seisi keluarga, selain memenuhi keperluan pemakanan harian.

Katanya, Max Nutre adalah kombinasi pintar nutrien bagi membina otot lebih kuat, penglihata­n dan kepekaan tinggi.

“Ia adalah cara bijak memberi nutrien harian yang penting untuk membina tubuh dan minda yang sihat,” katanya.

Kempen bermula April lalu itu menyasarka­n 100 lokasi di seluruh negara dan pelbagai aktiviti menarik dijalankan, termasuk stesen permainan Max Nutre, sukaneka serta mewarna untuk kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia