Berita Harian

Seminar PERODUA-BH perkasa akademik

Program CSR syarikat automotif bantu calon SPM tingkat pengetahua­n, kemahiran

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@ bh.com.my

Pembabitan syarikat korporat dalam pelbagai program pendidikan amat dialu-alukan bagi membantu meningkatk­an kecemerlan­gan akademik generasi muda hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an, berkata usaha syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menganjurk­an seminar bimbingan peperiksaa­n bagi pelajar harus menjadi contoh kepada korporat lain.

“Inisiatif PERODUA ini amat membanggak­an kerana tidak hanya menekankan bidang kemahiran dan teknikal, tetapi juga akademik menerusi program tanggungja­wab sosial korporatny­a “Selain itu, saya juga berterima kasih dengan BH yang bukan sekadar berfungsi sebagai penyebar maklumat tepat, bahkan menyediaka­n pelbagai program pendidikan.

“Diharap program kerjasama ini dapat membantu pelajar membuat persiapan sebelum peperiksaa­n,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PERODUA-BH, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengarang Eksekutif Berita/rencana/digital BH, Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Pengurus Besar Kanan, Jabatan Modal Insan PERODUA, Mariam Ibrahim dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Seramai 220 calon SPM sekitar Gombak dan Hulu Selangor menyertai seminar dua hari itu.

Perkongsia­n ilmu

Sementara itu, Mariam berkata, setiap tahun kira-kira 500 pelajar mendapat manfaat daripada program kerjasama antara PERODUA dengan BH itu yang menyediaka­n perkongsia­n ilmu oleh guru pakar dalam bidang masing-masing.

“Kami menerima maklum balas positif peserta dan ia bertepatan misi program CSR ini iaitu memperkasa­kan generasi masa depan dengan ilmu,” katanya.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Kamalanath­an (tengah) bersama Mariam dan Ahmad Zaini bergambar dengan calon SPM pada majlis perasmian Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PERODUA-BH, di Rawang, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Kamalanath­an (tengah) bersama Mariam dan Ahmad Zaini bergambar dengan calon SPM pada majlis perasmian Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PERODUA-BH, di Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia