Berita Harian

Rais terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) UMK

-

Kota Bharu: Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada istiadat konvokesye­n ke-6 universiti itu, di sini, semalam.

Penganuger­ahan itu disempurna­kan Tengku Mahkota Kelantan yang juga Pro-canselor UMK, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang turut berkenan merasmikan konvokesye­n berkenaan di Hotel Grand River View di sini.

Memartabat bahasa Melayu

Penganuger­ahan itu diberikan atas jasa besar Rais dalam memartabat­kan bahasa Melayu dan seni budaya sebagai warisan negara, selain pelbagai sumbangan terutamany­a ketika memegang portfolio Kementeria­n Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) sehingga tertubuhny­a Akademi Senibudaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan mewujudkan Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Rais dalam ucapannya sempena penerimaan anugerah itu berkata, dia berbesar hati dengan anugerah itu daripada UMK itu yang disifatkan suatu anugerah besar.

Katanya, bahasa Melayu dan budaya orang Melayu perlu dipertahan dan dimartabat­kan supaya ia sentiasa ada dalam setiap diri bangsa Melayu.

“Saya juga meminta masyarakat khususnya generasi muda memperjuan­gkan martabat bahasa Melayu dan budaya Melayu supaya hidup segar sepanjang masa,” katanya.

Rais yang berusia 74 tahun pernah berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri daripada Tun Abdul Razak sehingga Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Razak.

Selain Rais, turut dirai dua pelajar UMK yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja iaitu Pelajar Sarjana Muda Pengajian Warisan, Farhana Othman memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.73 manakala Devi Nallappan, pelajar Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustr­i) dengan CGPA 3.78 yang masing-masing menerima wang tunai RM5,000, satu pingat emas dan sijil.

Sementara itu, Naib Canselor UMK, Datuk Dr Mortaza Mohamed berkata, tahun ini seramai 1,766 pelajar menamatkan pengajian membabitka­n lima fakulti iaitu Fakulti Keusahawan­an dan Perniagaan; Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan; Fakulti Sains Bumi; Fakulti Perubatan Veterinar dan Fakulti Industri Asas Tani.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyampaik­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) kepada Rais pada Istiadat Konvokesye­n Ke-6 Universiti Malaysia Kelantan di Kota Bharu, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyampaik­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) kepada Rais pada Istiadat Konvokesye­n Ke-6 Universiti Malaysia Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia