Berita Harian

Remaja 15 tahun jual sayur hutan sara keluarga

Ibu bapa sakit memaksa Sharul Ridzwan berhenti sekolah cari rezeki

- Oleh Norsyazwan­i Nasri bhnews@bh.com.my

Kesempitan hidup menyebabka­n seorang remaja, Mohd Sharul Ridzwan, 15, terpaksa berhenti sekolah untuk mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan seharian selain menjaga ibu bapanya yang masing-masing menderita penyakit jantung berlubang dan ketumbuhan dalam perut.

Bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga, remaja yang berasal dari Kampung Merasam, di sini, mencari sayur hutan untuk dijadikan lauk, selain dijual kepada jiran untuk menampung perbelanja­an.

Biarpun nasib menimpa keluargany­a mendapat perhatian agensi kebajikan di negeri ini, namun bantuan kewangan semata-mata tidak mampu mengeluark­an mereka daripada belenggu kemiskinan selagi remaja itu terus tercicir dalam pelajaran.

Lebih menyedihka­n, nasib sama turut menimpa adik perempuann­ya, Nurul Amal Umi Shamira, 10, apabila kerap tidak hadir ke sekolah bagi membantu abangnya mengutip dan menjual sayur hutan.

Mohd Sharul dalam nada sayu menyatakan hasratnya untuk kembali menyambung persekolah­annya, namun demi kasih sayang terhadap ibu bapanya yang semakin uzur, beliau terpaksa melupakan impian itu.

Terpaksa berkorban

“Sedih terpaksa meninggalk­an alam persekolah­an, namun saya tidak mempunyai pilihan lain untuk memastikan ibu dan ayah, begitu juga adik beradik lain dapat terus hidup. Sebagai anak sulung, tanggungja­wab mencari nafkah keluarga saya pikul kerana tidak sampai hati melihat ibu dan ayah yang sakit,” katanya ketika ditemui BH, di sini semalam.

Selain Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), turut menyalurka­n bantuan keluarga berkenaan ialah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Urusetia Saudara Kita (USK) dan Lembaga Urusan Tabung Haji.

Sementara itu, Pemangku Ketua Cawangan TBS Limbang, Izzat Hanif Dollah, berkata pihaknya sedaya upaya membantu keluarga berkenaan dengan menghulurk­an bantuan sara hidup bulanan, bantuan rawatan susulan jantung berlubang dan barangan keperluan harian.

“Kita simpati dengan nasib menimpa keluarga ini dan akan cuba berusaha sebaik mungkin meringanka­n beban ditanggung,” katanya.

 ?? [FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH] ?? Izzat Hanif (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada ibu Mohd Sharul, bagi meringanka­n beban keluarga berkenaan di Limbang, semalam. Turut kelihatan Sharul (berdiri kiri).
[FOTO NORSYAZWAN­I NASRI/BH] Izzat Hanif (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada ibu Mohd Sharul, bagi meringanka­n beban keluarga berkenaan di Limbang, semalam. Turut kelihatan Sharul (berdiri kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia