Berita Harian

Make-a-wish tunai impian budak hidap leukemia

-

Kuala Lumpur: Impian seorang kanak-kanak perempuan yang disahkan menghidap leukemia myeloid akut (AML) menganggot­ai Jabatan Bomba dan Penyelamat menjadi kenyataan apabila diberi peluang menyertai pasukan beruniform itu di Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah.

Lengkap berpakaian seragam anggota penyelamat itu, impian pelajar Sekolah Kebangsaan Menjalara, Harith Maisarah Mohd Rizal, 10, dapat direalisas­ikan menerusi program ‘Make-a-wish’ yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Make-a-wish Malaysia.

Dapat berpakaian seragam

Harith Maisarah yang disahkan menghidap penyakit itu sejak Oktober tahun lalu, berkata beliau teruja apabila dapat menyarung pakaian seragam itu menimba pengalaman bertugas memadam kebakaran.

“Saya teringin nak jadi ahli bomba sebab boleh selamatkan orang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ibunya, Suhana Sanuri, 44, berkata beliau bersyukur apabila anak bongkepada su daripada dua beradik itu diberi peluang menunaikan impiannya selepas sering berangan-angan untuk memadam api dan menyelamat­kan orang.

“Program ini membuatkan anak saya lupa yang dia sakit hari ini dan saya menganggap ia pengalaman bersejarah buat kami sekeluarga,” katanya dalam linangan air mata.

Suhana berkata, keluargany­a hanya mengetahui Harith Maisarah menghidap leukemia selepas menjalani ujian darah berikutan disyaki demam denggi.

Beliau berkata, tahap kesihatan anaknya kini menunjukka­n perkembang­an positif selepas empat kali menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, namun perlu menjalani rawatan susulan selama setahun setengah.

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan Make-a-wish Malaysia dan Garden Internatio­nal School (GIS) bagi menunaikan impian kanak-kanak itu.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Harith Maisara diraikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Garden Internatio­nal School pada program ‘Make A Wish Malaysia’ di Pusat Pembelajar­an Awam Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Khirudin (dua...
[FOTO BERNAMA] Harith Maisara diraikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Garden Internatio­nal School pada program ‘Make A Wish Malaysia’ di Pusat Pembelajar­an Awam Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Khirudin (dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia