Berita Harian

2,000 kontraktor Kelas G1, G2 di Pahang bakal gulung tikar

PKKM desak kerajaan negeri pertimbang keputusan beri kontrak secara konsesi

- Oleh Nurul Nadira Shaari bhnews@bh.com.my

Kira-kira 2,000 kontraktor Bumiputera Kelas G1 dan G2 di negeri ini bakal gulung tikar, jika polisi pemberian kontrak kepada syarikat konsesi terpilih diteruskan.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKKM) Pahang, Ghafar Lambak, berkata kekurangan projek ditawarkan kepada ahli persatuan itu menyaksika­n ramai daripadany­a tidak mempunyai projek untuk dilaksanak­an.

“Masalah ini sudah mula dialami ahli kami sejak dua tahun kebelakang­an ini. Sebelum ini ada projek kecil diserahkan kepada satu atau dua syarikat konsesi sahaja dan ketika itu masih ada baki kerja untuk kami.

“Namun, tahun ini dan tahun depan, kami mendapat maklumat ada satu lagi syarikat konsensi memperoleh tender jangka panjang daripada kerajaan negeri dan ini bakal menyukarka­n lagi ahli kami mendapat kontrak.

“Jika ini berterusan, PKKM Pahang tidak menolak kemungkina­n ada (kontraktor) bakal gulung tikar kerana tidak ada lagi kerja ditawarkan kepada mereka,” katanya ketika ditemui media, di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau bersama kirakira 200 ahli PKKM Pahang mengadakan bantahan aman berhubung masalah itu selepas Mesyuarat Agung PKKM Pahang.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PKKM Pahang, Datuk Zaiton Mat.

Serah memorandum bantahan

Ghafar berkata, pihaknya akan menyerahka­n memorandum bantahan kepada kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam masa terdekat bagi menyuaraka­n kebimbanga­n ahli persatuan itu.

Katanya, pihaknya meminta kerajaan negeri menimbang semula keputusan memberikan kontrak secara konsesi kepada tender terbuka seperti sebelum ini.

Sementara itu, seorang kontraktor dari Temerloh, Abd Rahman Mat Yassin, 57, mengakui sukar mendapatka­n projek akibat kewujudan syarikat konsesi di negeri ini.

“Keadaan ini menimbulka­n masalah kepada kami (kontraktor kecil) untuk terus menguruska­n projek. Kami berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga kepentinga­n kontraktor G1 dan G2 yang secara keseluruha­nnya orang Melayu,” katanya.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Sebahagian ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKKM) Pahang yang menyertai demonstras­i di Kuantan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Sebahagian ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKKM) Pahang yang menyertai demonstras­i di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia