Berita Harian

OIC angkat peranan wanita dalam pembanguna­n keamanan dunia

Empat ikon bakal dilantik jadi duta muhibah perjelas mengenai Islam

- Oleh Norhafzan Jaafar

Pertubuhan Persidanga­n Islam (OIC) bakal melantik empat ikon wanita Islam sebagai duta muhibah yang diharapkan mampu mengangkat peranan golongan ini dalam pembanguna­n keamanan dunia sejagat.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Keluarga, Sosial dan Kebudayaan OIC, Mehla Ahmed Talebna, berkata pelantikan mereka disifatkan sebagai tepat pada masanya, memandangk­an masyarakat Islam memerlukan wakil wanita yang mampu bersuara, termasuk berdialog dengan masyarakat bukan Islam membabitka­n isu antara agama.

Katanya, pelantikan yang diharapkan dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat tetapi ia masih pada peringkat awal, termasuk meneliti calon yang layak bakal dipilih dalam kalangan selebriti atau tokoh umum yang dikenali ramai.

“Pelantikan mereka ini bukan untuk meniru apa yang dilakukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang juga melantik golongan artis dan selebriti menjadi duta khas mereka, sebaliknya kita melihat kepentinga­nnya dalam situasi sekarang.

“Kita mengakui peranan besar yang dimainkan oleh duta seperti ini kerana mereka mampu memberi gambaran lebih jelas mengenai Islam terutama kepada masyarakat bukan Islam yang sering bersifat prejudis dengan kita,” katanya yang ditemui sempena Sidang Kemuncak Wanita Islam Antarabang­sa (WISE) 2016 di sini, semalam.

Suara wanita dalam OIC

PBB menerusi Suruhanjay­a Tinggi Bagi Pelarian (UNHCR) melantik aktres Hollywood pada 2001 menjadi duta muhibahnya yang menjalanka­n misi menyuaraka­n masalah pelarian dan penduduk yang berhadapan dengan masalah dalaman negara.

Mehla berkata, mereka bukan hanya menjadi ejen keamanan dunia, tetapi juga diharapkan mampu menjadi suara dalam menyatu-padukan negara anggota OIC mencari kata sepakat membabitka­n sesuatu isu berkaitan wanita.

“Sebelum ini tiada unit wanita yang digerakkan dalam OIC tetapi sejak setahun lalu pelantikan saya untuk menyelia hal ehwal keluarga, sosial dan kebudayaan menunjukka­n keseriusan pertubuhan ini di bawah inisiatif Setiausaha Agungnya yang baharu, Tan Sri Dr Iyad Madani, untuk mengetenga­hkan isu wanita Islam,” katanya.

Bawa lebih banyak kerjasama

Ditanya pendapat beliau mengenai WISE 2016 yang kali pertama diadakan, Mehla berkata, perhimpuna­n wanita seperti ini diharapkan mampu membawa lebih banyak kerjasama antara OIC dengan pelbagai organisasi, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan intelek untuk menggerakk­an wanita Islam ke peringkat yang lebih ke hadapan.

“Kita sentiasa bersedia untuk menjalinka­n kerjasama dengan organisasi lain ke arah membawa kebaikan kepada pertubuhan berkenaan dalam memastikan usaha pembanguna­n keamanan dunia yang berterusan yang boleh dilaksanak­an oleh wanita Islam juga,” katanya.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua dari kanan) bersama Timbalan Menteri Keluarga dan Polisi Sosial Turki, Mehmet Ersoy (tiga dari kanan) dan Pengerusi Badan Kesaksamaa­n Peluang Lelaki dan Wanita Turki, R Sezer...
[FOTO ADI SAFRI/BH] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua dari kanan) bersama Timbalan Menteri Keluarga dan Polisi Sosial Turki, Mehmet Ersoy (tiga dari kanan) dan Pengerusi Badan Kesaksamaa­n Peluang Lelaki dan Wanita Turki, R Sezer...
 ?? Mehla Ahmed Talebna, Ketua Pengarah Hal Ehwal Keluarga, Sosial dan Kebudayaan OIC ?? Duta seperti ini mampu memberi gambaran lebih jelas mengenai Islam terutama kepada masyarakat bukan Islam yang sering bersifat prejudis dengan kita”
Mehla Ahmed Talebna, Ketua Pengarah Hal Ehwal Keluarga, Sosial dan Kebudayaan OIC Duta seperti ini mampu memberi gambaran lebih jelas mengenai Islam terutama kepada masyarakat bukan Islam yang sering bersifat prejudis dengan kita”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia