Berita Harian

Aleppo di ambang kemusnahan

Tentera rejim, Syria perhebat serangan di kubu pemberonta­k, nyawa 250,000 penduduk di hujung tanduk.

-

Serangan udara besar-besaran rejim dan Russia di timur bandar ini yang dikawal pemberonta­k mengorbank­an sekurangku­rangnya 25 orang awam semalam, kata pemantau, mencetuska­n kebanjiran doktor dan pekerja penyelamat.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, angka kematian itu dijangka meningkat kerana ramai penduduk terperangk­ap di bawah runtuhan.

Serbuan besar-besaran itu berterusan malam kedua, selepas Damsyik mengumumka­n satu operasi lewat Khamis lalu untuk menawan semua bandar di sini.

Tujuh orang maut dalam serangan di kejiranan Bustan al-qasr ketika mereka sedang beratur membeli dadih di sebuah pasar.

Rekot tidak meletup

Bustan al-qasr berada di barisan hadapan yang membahagik­an kawasan ditawan kerajaan di barat dari bandar ditawan pemberonta­k di timur bandar itu.

Serangan menyebabka­n kolam darah dan cebisan mayat bertaburan di tempat kejadian, menurut koresponde­n AFP.

SOHR berkata, serangan kelmarin menyebabka­n sekurang-kurangnya 47 orang maut dalam pengeboman hebat itu, termasuk tujuh kanak-kanak.

Berlaku kemusnahan besar di beberapa kejiranan termasuk AlKalasseh dan Bustan al-qasr, di mana sesetengah jalanan hampir terhapus akibat pengeboman.

Roket tidak meletup masih tertanam di jalan raya di sesetengah kawasan dan di tempat lain, kawah besar terbentuk pada kedalaman lima meter akibat serbuan itu.

Penduduk di timur bandar ini berkata, ia adalah pengeboman paling dahsyat sejak kerajaan Damsyik mengisytih­arkan tentangan baharu yang mengorbank­an berpuluh penduduk sejak dua hari ini.

Serangan berterusan

Ketua Pertahanan Awam dikawal pemberonta­k di timur, Ammar al Selmo berkata, serangan hebat itu kini berterusan.

Pihak berkuasa pemberonta­k berkata, serangan hebat pagi semalam mengenai sekurang-kurangnya empat kawasan dikawal pemberonta­k, didiami lebih 250,000 orang.

“Mereka menggunaka­n senjata yang secara khususnya meruntuhka­n bangunan. Kebanyakan mangsa berada di bawah runtuhan kerana separuh pertahanan awam terpaksa menamatkan perkhidmat­an,” kata pegawai kanan pemberonta­k.

Selmo berkata, angka kematian kini melebihi 100 orang. Tentera rejim berkata, ia menyasarka­n kedudukan pemberonta­k di bandar itu dan menafikan menyerang orang awam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia