Berita Harian

Penyerang bersenjata pusat beli-belah diburu di AS

Suspek bersenjata­kan raifal masih diburu

-

Polis masih memburu lelaki bersenjata yang membunuh lima orang ketika satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Washington, Amerika Syarikat (AS), di tengah perdebatan hangat seluruh negara berhubung kawalan senjata.

Polis dalam satu kemas kini memaklumka­n, empat wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kejadian itu. Jurucakap polis Sarjan Mark Francis berkata, pada awalnya, mangsa lelaki dibawa ke hospital akibat cedera parah, namun meninggal dunia.

Pihak berkuasa berkata, hanya ada seorang penembak dalam serangan malam kelmarin di Cascade Mall, Burlington, terletak 110 kilometer di utara Seattle, menggambar­kannya sebagai lelaki Hispanik memakai baju kelabu.

Edar gambar video suspek

Polis mengedarka­n gambar dekat video rakaman suspek, menunjukka­n kepala dan tubuhnya, walaupun gambar penuh diterbitka­n media tempatan, merakamnya memegang raifal.

Perdebatan berhubung kawalan senjata amat hangat di AS, yang dilingkari keganasan senjata. Ia adalah isu panas dalam kempen jelajah sebelum pilihan raya presiden 8 November ini.

Polis menerima panggilan sekitar jam 6.58 petang kelmarin (0058 GMT Sabtu) bahawa tembakan dilepaskan di pusat beli belah itu, kata seorang pegawai lain, Rick Johnson kepada CNN.

“Ketika ini, kami tidak boleh merumuskan apa-apa. Polis masih menemurama­h saksi dan cuba mendapatka­n gambaran tindakan berikutnya. Kami meminta penduduk supaya menjauhi kawasan itu. Jangan keluar rumah dan laporkan apa saja yang mencurigak­an,” katanya.

Francis berkata di Twitter, suspek dilihat berjalan ke arah lebuh raya tempatan dari pusat beli belah itu sebelum polis tiba.

Pusat beli belah itu dikosongka­n, dengan polis melakukan carian di sekitar kawasan dan anggota medik bergegas ke tempat kejadian selepas ia dikepung.

Suspek lepas tembakan

Saksi memberitah­u KOMO News, penembak berjalan ke dalam gedung Macy‘s dan melepaskan tembakan. Premis perniagaan berhampira­n dikosongka­n, kata stesen itu.

“Saya mendengar satu tembakan dan kemudian diam, ada dua atau tiga orang berlari keluar mengatakan ‘senapang’ sebelum bunyi tembakan bertalu-talu kedengaran,” kata Armando Patino, yang bekerja di kedai telefon bimbit.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AP ] ?? Anggota keselamata­n berkawal di hadapan pintu masuk Cascade Mall, di Burlington, Washington manakala gambar kecil menunjukka­n gambar suspek yang ada kaitan dengan kes tembakan di pusat beli-belah terbabit.
[ FOTO AP ] Anggota keselamata­n berkawal di hadapan pintu masuk Cascade Mall, di Burlington, Washington manakala gambar kecil menunjukka­n gambar suspek yang ada kaitan dengan kes tembakan di pusat beli-belah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia