Berita Harian

Kafe haiwan jadi kegilaan di Jepun

-

Osaka: Berikutan ledakan kafe kucing, apa yang digelar kafe haiwan kini menjadi popular terutama di kawasan bandar.

Pelanggan boleh bermesra dengan pelbagai jenis haiwan termasuk ular, burung hantu dan arnab.

Kafe haiwan di bandar ini meningkat lapan kali ganda sejak lima tahun lalu, ketika peminat mahu mencari ketenangan dengan haiwan, selain pelancong asing yang mahukan kelainan.

Nami Kuroki, 18, seorang kakitangan swasta di sini, gemar membelai ular sepanjang satu meter di leher- nya di kafe reptilia Rock Star di Naniwa Ward di bandar ini.

“Saya gemar dililit ular. Sifat misteri reptilia menakjubka­n,” katanya.

Kumpul koleksi haiwan

Koleksi haiwan reptilia Rock Star juga termasuk iguana dan sesumpah. Kafe itu dibuka sejak 2014 dan semakin popular dengan tempat duduknya meningkat kepada 40 orang tahun lalu.

Sebanyak 80 peratus pelanggann­ya wanita, ramai datang ke kedai mencari pengalaman menakutkan dan kemudian menjadi pelanggan tetap selepas mendapati suasananya yang santai, menurut kafe terbabit.

Walaupun bilangan kafe haiwan di seluruh negara tidak diketahui, pihak berkuasa bandar ini mengumpul data jumlah kafe seperti itu, iaitu 48 sehingga akhir bulan lalu, peningkata­n lapan kali ganda berbanding lima tahun lalu.

Lebih separuh daripadany­a adalah kafe kucing, namun jumlah kafe haiwan reptilia, burung hantu, burung kecil, hamster dan haiwan lain turut meningkat.

Pikat pelancong

Fukuro no Mise (kedai burung hantu) di Kita Ward di sini, meningkatk­an usaha menarik pelancong asing, menghantar maklumat di internet dan mengambil langkah lain. Mereka mengambil pekerja dari Taiwan dan 70 peratus pelanggann­ya kini pelancong asing.

“Agak menarik kerana kami tiada kedai seperti ini di Taiwan. Mata besar mereka menawan,” kata seorang pelajar universiti berusia 20 tahun yang melawat Jepun.

Ashiya Get Plus, sebuah kedai arnab di Higashi-nada Ward, Kobe, menambah kafe ke premis itu pada 2012.

“Kafe kami dalam senarai popular tempat berjanji temu,” kata pengendali­nya.

 ??  ??
 ?? [FOTO AGENSI] ?? Sebanyak 80 peratus pelanggan kafe haiwan adalah wanita yang mahu mencari ketenangan.
[FOTO AGENSI] Sebanyak 80 peratus pelanggan kafe haiwan adalah wanita yang mahu mencari ketenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia