Berita Harian

12 askar maut dalam serangan bunuh diri di Iraq

-

Baghdad: Tiga serangan bom bunuh diri di pusat pemeriksaa­n keselamata­n di utara ibu kota ini mengorbank­an sekurang-kurangnya 12 anggota pasukan keselamata­n, kata seorang pegawai polis.

Jurucakap pasukan polis wilayah Salahuddin, Kolonel Mohammed al-jabouri berkata, tiga militan merempuh kenderaan dipenuhi bahan letupan awal pagi semalam ke arah pusat pemeriksaa­n utama berhampira­n bandar al-salam di pintu utara wilayah itu, mengorbank­an lapan askar. Al-jabouri menambah, 34 pegawai keselamata­n lain cedera.

Beliau berkata, serangan berlaku ketika ketua polis tempatan dan ketua jawatankua­sa keselamata­n wilayah melawat tapak itu, namun kedua- duanya terselamat.

Hampir pada masa sama, satu lagi kumpulan militan berjalan kaki menyerang pusat pemeriksaa­n di pinggir timur wilayah, membunuh empat anggota polis dan mencederak­an dua lain.

Katanya, seorang militan terbunuh dalam serangan sementara yang lain melarikan diri dari tempat kejadian.

Gabenor ikrar balas dendam

Gabenor wilayah Salahuddin, Ahmed al-jabouri, menuduh militan Daesh sebagai dalang serangan, berikrar untuk ‘membalas serangan itu dengan memenggal kepala militan Daesh’.

Al-jabouri menggesa pasukan keselamata­n mengkaji pelan mereka serta penduduk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa.

Tiada kumpulan mengaku dalam serangan itu, namun militan Daesh mengaku melakukan serangan sama. Militan terbabit kerap melancarka­n serangan menyasarka­n pasukan keselamata­n Iraq dan orang awam di kawasan umum.

Daesh meningkatk­an serangan sejak beberapa bulan kebelakang­an ini oleh kerana ia hilang jajahan di utara dan barat Iraq yang ditawan pada 2014.

Pada April 2015, pasukan keselamata­n Iraq mengusir militan Daesh dari ibu kota wilayah Salahuddin di Tikrit, terletak 130 kilometer di utara ibu kota ini. Serangan itu berlaku beberapa hari selepas tentera kerajaan menawan semula bandar Shirqat, di utara Tikrit dari militan Daesh.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Serangan itu adalah yang pertama di Tikrit sejak tentera Iraq mengambil alih bandar itu daripada Daesh.
[ FOTO EPA ] Serangan itu adalah yang pertama di Tikrit sejak tentera Iraq mengambil alih bandar itu daripada Daesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia