Berita Harian

Gempa magnitud 6.3 gegar selatan Filipina

-

Manila: Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.3 menggegark­an selatan Filipina awal pagi semalam namun tiada amaran tsunami atau sebarang kerosakan dilaporkan, kata pegawai seismologi dan bencana.

Pihak berkuasa berkata, gempa di luar pesisir pantai jam 6.53 pagi waktu tempatan (2253 GMT Jumaat) mengejutka­n kebanyakan penduduk di Davao, bandar besar dengan kirakira 1.5 juta orang, terletak 100 kilometer di barat laut ibu kota ini.

Ketua Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum berkata, setakat ini tiada laporan kerosakan kerana gempa itu berlaku di luar pesisir.

“Tiada laporan kerosakan setakat ini kerana gempa berlaku di luar pesisir pantai, kami menjangka tiada kerosakan ketara. Begitu juga tiada ancaman tsunami berkaitan gempa,” katanya.

Dalam penilaian impak awal, Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, kemungkina­n berlaku kematian dan kerosakan adalah rendah, akibat gempa pada kedalaman 62 kilometer itu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkal­an di Hawaii turut mengesahka­n, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi kuat itu.

Sementara itu, di Davao, jurucakap pertahanan awam tempatan, Mcadrian Covero berkata, gempa bumi yang mengejutka­n kebanyakan penduduk tempatan itu tidak menyebabka­n kecederaan mahupun kerosakan.

Institut Seismologi Filipina turut melaporkan gempa susulan sederhana sejurus selepas gegaran pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia