Berita Harian

Yahoo disaman pengguna di Amerika

Dituduh tidak serius lindungi keselamata­n maklumat peribadi pelanggan

-

Yahoo Inc disaman kelmarin oleh seorang pengguna yang menuduhnya melakukan kecuaian melampau berhubung isu godaman besar-besaran 2014 di mana maklumat sekurangku­rangnya 500 juta akaun dicuri.

Tuntutan saman itu difailkan di mahkamah persekutua­n di California di sini, sehari selepas Yahoo mendedahka­n insiden itu, skala tidak pernah berlaku, dalam apa yang dipercayai dilakukan “negara tertentu.”

Ronald Schwartz, seorang penduduk New York, membuat tuntutan saman itu bagi pihak semua pengguna Yahoo di Amerika Syarikat (AS) yang mana maklumat peribadi mereka dikompromi.

Tuntutan itu menuntut status kelastinda­kan dan kerugian tidak dinyatakan.

Seorang jurucakap Yahoo berkata, syarikat berpusat di Sunnyvale, Penyaman tuntutan California itu bagaimanap­un tidak membincang­kan kes mahkamah tertangguh itu.

Rumit usaha tingkat keuntungan

Tuntutan itu mungkin merumitkan usaha Ketua Esekutif Yahoo, Marissa Mayer untuk meningkatk­an keuntungan laman web yang merosot, dua bulan selepas beliau bersetuju terhadap satu perjanjian perniagaan internet Yahoo bernilai AS$4.8 bilion (RM19.8 bilion) dengan Verizon Communicat­ions Inc.

Khamis lalu, Yahoo berkata, maklumat pengguna termasuk nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir dan kata laluan sulit dikompromi pada akhir 2014.

Namun tuntutan itu mendakwa, pelanggara­n itu mungkin boleh dielakkan jika Yahoo, yang sebelum ini menjadi sasaran penggodam, menunaikan janji dengan mengambil kira privasi pengguna “secara serius” dan menaik taraf langkah keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia