Berita Harian

Generasi muda China tak minat kahwin

-

Gan Zhaoji berkata, beliau mahu mencapai cita-citanya terlebih dulu sebelum terikat.

Mahu capai impian

“Jika saya berjaya melanjutka­n pelajaran, saya akan menumpukan perhatian untuk mencapai impian. Perkahwina­n bukan suatu keperluan, tetapi, bagaimana jika saya tidak mahu berkahwin, namun mahukan anak?” soalnya.

Lostcici bersetuju dengan pandangan Gan Zhaoji kerana beliau juga tidak mahu terperangk­ap dengan tekanan masyarakat.

“Saya tidak mahu berkahwin atau melahirkan anak hanya kerana orang lain menyuruh saya berbuat demikian.”

Kos terlalu tinggi

Yang Tingting pula berkata, perbelanja­an perkahwina­n terlalu mahal, lebih baik meneruskan hidup dengan cara lain.”

Ramai khuatir hidup membujang akan mengundang stigma, terutama daripada ibu bapa.

Lin Maomao bagaimanap­un berkata, fenomena itu agak pelik kerana ada lelaki tidak suka mendengar jika wanita memberitah­u mereka enggan berkahwin.

Zhao Qingji pula berkata: “Jika tiada faktor sosial, saya memang tidak mahu berkahwin.

Berikutan pemansuhan dasar satu anak, wujud jurang besar di antara umur dan jantina dalam masyarakat China yang menyebabka­n ramai lelaki sukar mencari pasangan.

Biasanya golongan miskin yang menanggung beban kerana membeli rumah kepada bakal pengantin perempuan sudah menjadi prasyarat dan tradisi di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia