Berita Harian

Tutup pangkalan udara AS

-

juga membenarka­n Amerika Syarikat (AS) membina pangkalan tentera udara di bandar selatan Khanabad. Kononnya sebagai kunci utama untuk memerangi Taliban dan sebagai balasan Kerajaan AS membantu melatih tentera Uzbekistan.

Bagaimanap­un, kewujudan tentera AS di bumi bertuah itu tidak bertahan lama. Segala-galanya berpunca daripada kelancanga­n ucapan Duta Britain ke Uzbekistan, Craig Murray.

Ketika Murray menghadiri Sidang Kemuncak Hak Asasi Manusia di Tashkent, antara perkara dibangkitk­an dalam ucapannya adalah kelaziman penderaan di penjara Uzbekistan dan kewujudan sistem membenarka­n kekejaman berlaku. Beliau merujuk kepada kes dua lelaki direbus hingga mati yang dianggap bukan kes terpencil.

Peristiwa itu membuatkan Karimov mula hambar terhadap Barat. Hubungan yang terjalin menjadi tidak menentu hingga beliau mengambil keputusan mengarahka­n pangkalan udara AS di Khanabad ditutup pada 2005.

Tragedi pembunuhan terbongkar

Keadaan menjadi bertambah keruh apabila terbongkar­nya tragedi pembunuhan beramai-ramai di Andijan. Ratusan penunjuk perasaan antikeraja­an dibunuh tentera. Peristiwa itu menimbulka­n kebimbanga­n terhadap pencabulan hak asasi manusia dan menjadi perhatian seluruh dunia.

Ia menjadikan Barat semakin mengekalka­n hubungan mesra secara terbuka dan ramai menyangka Karimov bakal berundur kerana berdepan sekatan Kesatuan Eropah. Namun ia hanya bertahan beberapa tahun dan menjelang 2009 sekatan berkuranga­n dan beransur-ansur hilang, seolah-olah tidak pernah berlaku.

Barat pulih hubungan

Sepanjang pemerintah­an Karimov, Uzbekistan sangat terkenal dengan kekayaan hasil bumi dan rizab tenaga. Kelebihan itu membolehka­n Barat memulihkan hubungan dengan negara yang terkenal dengan sejarah Islam itu.

Mungkin beliau dikatakan pemimpin kejam namun tidak semua tindakan dilakukann­ya merugikan rakyat Uzbekistan. Apakah corak pemerintah­an di Uzbekistan akan berubah selepas ketiadaan Karimov atau negara itu masih dalam proses memilih siapa pengganti terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia