Berita Harian

Saingan drama pilihan ASK 2016

Lapan produksi terbaik hiasi slot menjelang acara kemuncak pada 13 November

-

Kembali memberi pengiktira­fan kepada karyawan seni tanah air, TV3 membawakan lapan drama terbaik yang bakal bersaing pada kemuncak acara berprestij, Anugerah Skrin (ASK) 2016 yang akan berlangsun­g pada 13 November depan.

Bersiaran setiap Ahad, bermula jam 3 petang ini menerusi drama, Pondok Itu Rumahku, karya lain yang turut terpilih menghiasi slot itu

adalah Fatin, Anak Ibu Buangan Ibu, Khilaf Seorang Isteri, Calon Syurga, Cermin Kasih, Bila Tiba Saatnya dan Ku Haramkan Susu Itu.

Diperkenal­kan sejak tahun 1994, ASK 2016 meneruskan usaha menjulang bakat dan memberi pengiktira­fan kepada penggiat seni menerusi karya yang disiarkan rangkaian televisyen naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, TV9, ntv7 dan 8TV.

Seperti tahun terdahulu, ASK 2016 turut memberi peluang kepada produksi siaran RTM, Astro, Alhijrah dan Hypp TV untuk turut sama menyemarak­kan anugerah berprestij ini.

Saingan hebat

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, berkata pihaknya optimis ASK 2016 bakal melakar satu lagi sejarah dalam industri penyiaran menerusi himpunan karya yang memberikan persaingan hebat.

“Penganjura­n ASK bukan sahaja menjadi platform kepada penggiat seni tanah air untuk mengembang­kan lagi bakat seni, malah bertindak sebagai pemangkin dalam melahirkan karya kreatif dan bermutu tinggi,” katanya.

ASK 2016 katanya, membuka ruang kepada semua rangkaian televisyen untuk menghantar penyertaan bagi penerbitan drama dan program dalaman yang pernah disiarkan bagi merebut pelbagai anugerah menerusi kategori yang dipertandi­ngkan.

Berikut adalah antara drama pilihan ASK 2016 yang bakal menyerikan petang Ahad penonton setia TV3.

FATIN Tarikh siaran: 2 Oktober

Selepas orang tuanya berpisah, Fatin dibesarkan oleh bapanya, tetapi tanggungja­wab itu diambil alih neneknya selepas bapanya meninggal dunia. Fatin diserahkan semula kepada ibunya, Faz apabila neneknya mahu menunaikan umrah.

Pelakon: Sharifah Amani, Yuyun, Pekin Ibrahim dan Nadiya Nisaa.

ANAK IBU BUANGAN IBU Tarikh siaran: 9 Oktober

Hanim dan Roslan mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Putri Aisyah apabila perkahwina­n mereka tidak dikurniaka­n zuriat. Kasih sayang yang diberikan bagai menatang minyak yang penuh tetapi Putri mula beru- bah sikap apabila menginjak usia remaja.

Pelakon: Janna Nick, Aida Aris, Azri Iskandar, Johan As‘ari dan Lydiawati

KHILAF SEORANG ISTERI Tarikh siaran: 16 Oktober

Muiz dan bekas isterinya, Thalia masing-masing bertemu jodoh buat kali kedua. Mereka melalui pengalaman berbeza sepanjang perkahwina­n terbaru, lalu terkenang kesilapan yang pernah dilakukan ketika masih bersama.

Pelakon: Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Tasha Shilla dan Fizz Fairuz

CERMIN KASIH Tarikh siaran: 30 Oktober

Kehidupan Marina berubah apabila dijodohkan dengan pemuda pilihan orang tuanya, Amran. Marina dipaksa oleh Amran untuk terbabit sama dalam pengedaran dadah dan diberkas polis.

Pelakon: Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Luvvna, Fazlina Ahmad Daud, Mak Engku, Wilma dan Zulkifli Ismail

BILA TIBA SAATNYA Tarikh siaran: 6 November

Jenazah Nazim dan Rozman dikebumika­n pada tempat dan waktu yang sama. Orang kampung kecoh dan membanding­kan cara kematian mereka. Aziz yang bersimpati cuba menyiasat kerana tidak mahu sesiapa pun diaibkan.

Pelakon: Rusdi Ramli, Nazim Othman, Nina Baharun, Kodi Rasheed, Syazwan Zulkifli dan Faezah Ilai

KU HARAMKAN SUSU ITU Tarikh siaran: 13 November

Berkisar mengenai ibu tunggal, Zainab yang mempunyai seorang anak, Tamar. Selepas berumah tangga dengan Alisya, Tamar kembali ke kampung dan hidup senang. Zainab dan Alisya langsung tidak mengetahui pekerjaann­ya. Sementara itu, Sakinah pula mempunyai anak, Azrin, yang menagih dadah kerana kurang kasih sayang dan didikan yang sempurna.

Pelakon: Zarina Zainuddin, Amyza Aznan, Hafeez Mikail dan Mia Ahmad.

 ??  ?? Tiz Zaqyah mempamerka­n lakonan terbaiknya dalam Cermin Kasih.
Tiz Zaqyah mempamerka­n lakonan terbaiknya dalam Cermin Kasih.
 ??  ?? Bakat Janna Nick diuji dalam Anak Ibu Buangan Ibu.
Bakat Janna Nick diuji dalam Anak Ibu Buangan Ibu.
 ??  ?? Aksi Syatilla
Melvin dalam Khilaf Seorang Isteri.
Aksi Syatilla Melvin dalam Khilaf Seorang Isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia