Berita Harian

Standard tinggi 3 Juara suntik kelainan

Peserta lalui proses saringan ketat cari bakat terbaik untuk dibimbing komposer berpengala­man

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

3 Juara

Menampilka­n tiga komposer ternama iaitu Ajai(balada),pakngah (irama Malaysia) dan Edrie Hashim (rock)

Seramai lapan peserta akan dipilih oleh setiap komposer untuk berentap hingga ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara setiap kategori.

Menawarkan hadiah wang tunai lebih RM 100,000.

3 Juara bakal menemui penonton bermula 16 Oktober depan pada setiap Ahad, jam9malam.

Uji bakat yang dijalankan menjelajah lima lokasi iaitu Pulau Pinang; Johor Bahru, Johor; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawakdan

Kuala Lumpur.

Ajai cerewet pilih peserta

Ajai berkata, ketandusan penyanyi baharu yang berkaliber untuk terus mewarnai industri muzik membuatkan dirinya tegas dan cerewet dalam pemilihan peserta. Ajai mencari peserta yang mempunyai pakej lengkap untuk dibimbing sebagai artis rakaman.

“Saya utamakan nada suara dan hanya selepas itu, saya melihat aspek lain seperti pitching dan penghayata­n. Pastinya, peserta yang mempunyai asas dalam nyanyian mempunyai kelebihan untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Kami tidak mempunyai banyak masa untuk membentuk asas nyanyian peserta program ini.

“Justeru, pemilihan peserta yang tepat adalah perlu kerana mereka akan bekerjasam­a dengan komposer yang terbabit sepanjang program berlangsun­g,” katanya.

Dalam mencari peserta, Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas cuba mengelak daripada memilih bakat baharu yang cenderung meniru gaya penyanyi sedia ada.

“Tidak dinafikan, setiap kali uji bakat dijalankan, ramai peserta cenderung mengikut suara dan gaya penyampaia­n penyanyi sedia ada. Mungkin ada di antara mereka dikurniaka­n suara yang hampir sama, tetapi masih boleh digilap dan dibentuk.

“Kami bagaimanap­un, berusaha mencari peserta yang mempunyai identiti tersendiri kerana itu yang akan membezakan mereka degan penyanyi sedia ada,” katanya.

 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/ BH ] ?? Antara aksi peserta ketika hadir untuk uji bakat.
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/ BH ] Antara aksi peserta ketika hadir untuk uji bakat.
 ??  ?? Muhamad Sufian (kiri) bersama Azmeer dan Ajai ketika sesi uji bakat 3 Juara, semalam.
Muhamad Sufian (kiri) bersama Azmeer dan Ajai ketika sesi uji bakat 3 Juara, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian peserta mendaftar untuk sesi uji bakat 3 Juara di Kuala Lumpur.
Sebahagian peserta mendaftar untuk sesi uji bakat 3 Juara di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia