Berita Harian

Bina nama di Indonesia

-

Pernah melalui situasi sama ketika meraih anugerah itu tahun lalu, Fazura berkata, setiap pelakon mengimpika­n anugerah dan pengiktira­fan. Sudah pasti, kemenangan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam karier seni.

“Siapa yang tidak mahu merangkul trofi bermakna ini dan saya percaya, semua pelakon mengimpika­nnya. Saya yang pernah meraih anugerah ini dan mahu mengulangi pencapaian itu kerana pengiktira­fan itu diberikan atas bakat serta usaha keras kita,” katanya.

Menyedari dirinya kebelakang­an ini kurang dilihat di layar lebar dan kaca televisyen, Fazura berkata, ia berlaku bukan kerana tidak mendapat tawaran. Pelakon berusia 32 tahun ini yang ditemui di majlis perasmian pembukaan Hannan Medispa di Wangsa Maju, semalam sebaliknya berkata, dirinya agak memilih watak dan skrip yang mahu dijayakan.

Enggan terlalu kerap dilihat di kaca TV dan layar lebar, Fazura juga mahu menjaga nilai eksklusif dirinya selaras dengan bakat dan pengiktira­fan yang diterimany­a.

Tak mahu peminat muak

“Kalau terlalu kerap muncul dalam setahun, nanti peminat akan muak. Tetapi jika tiada produk juga susah dan kerana itu, saya akan pastikan muncul sekurangku­rangnya dalam sebuah filem setahun.

“Disebabkan itu, saya jarang lagi keluar atau menghadiri majlis awam sebab mahu menjaga eksklusif. Ini penting kerana apabila sudah berada pada satu tahap, saya mahu peminat merindui bakat dan kemunculan terbaharu,” katanya yang turut beraksi dalam filem

Jrevolusi.

Fazura juga membina nama di Indonesia apabila menembusi pasaran negara itu dengan membintang­i filem

Jakarta. Terdahulu, anak kelahiran Pekan, Pahang itu muncul dalam filem

yang dibintangi bersama Abimana Aryasatya, Acha Septriasa dan Hannah Al Rasyid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia