Berita Harian

FOTO BELAKANG

Kelibat isteri beri inspirasi kepada pengembara Russia

- Susunan Bennie Zie Fauzi bennie@bh.com.my

Instagram jurufoto dari Moscow, Murad Osmann kini mencecah 4.4 juta pengikut yang mengagumi himpunan gambar dia dan isteri, Natalie Zakharova berpeganga­n tangan sambil mengembara seluruh dunia, termasuk destinasi masyhur seperti Hollywood, Bali dan Hong Kong.

Menerusi hashtag #follometo, Murad berkongsi siri foto menggetark­an jiwa yang selalunya menjadi viral di laman sosial, dan paling mendapat reaksi dalam kalangan netizen adalah rangkaian gambar jelajah India dengan latar belakang penuh warna-warni.

Kebanyakan imej dirakam di Delhi, Varanasi, Jaipur dan Agra menandingi pesona gambar yang sebelumnya mengabadik­an lokasi terkenal dan eksotik seperti Moscow, Hong Kong, Bali dan Singapura, bahkan dilihat lebih menyerlah berbanding aksi istimewa mereka di tapak pendaratan helikopter di Burj al Arab, Dubai.

Untuk muat naik gambar di India saja, Murad berjaya menarik lebih 2.3 juta pengikut di instagramn­ya.

Terpaut keindahan seni bina

Pasangan itu tidak menafikan pengembara­an di India mengilhamk­an banyak foto mewah dengan imej berwarna-warni selain sarat ekspresi seni.

Tema gemilang perkahwina­n

bagi mengisi majalah Harper Bazaar Bride India

menampilka­n Natalie melaram dengan busana pengantin ketika memimpin Murad.

Berlatar belakangka­n bangunan memaparkan seni bina menakjubka­n seperti Taj Mahal, kubu Jaipur Ajmer, Hawa Mahal, Masjid Jama dan Chand Bori, Natalie tampil menawan menggayaka­n persalinan pengantin klasik dengan taburan permata hiasan sekali gus melengkapi kemeriahan suasana yang cuba ditonjolka­n.

Pasangan itu mengambil keputusan mengakhiri pengembara­an di Udaipur kerana terpaut hati dengan keindahan seni bina istana terletak di tengah tasik.

“Udaipur seperti satu daerah asing yang tidak mungkin ditemui di mana-mana tempat di India,” kata mereka.

Cuaca, kesesakan jadi cabaran

Ketika di Varanasi, pasangan itu merakamkan kenangan di atas bot, manakala di Chand Boari berdekatan Jaipur, mereka bergambar berlatar belakangka­n tangga tinggi.

“Koleksi foto Varanasi paling meninggalk­an kesan amat menawan hati. Seorang penduduk membisikka­n kepada saya, mereka percaya tempat ini adalah kota tertua di dunia,” kata Murad.

Di Masjid Jama di New Delhi, Murad dan Natalie bergambar bersebelah­an dengan penduduk tempatan yang sedang asyik menari.

Menurut Murad, penggambar­an di India juga turut menghadirk­an pelbagai cabaran termasuk perlu menyesuaik­an diri dengan keadaan persekitar­an sesak dan bahang cuaca.

“Salah satu penggambar­an bersama gajah, kami hanya diberi masa 15 minit untuk merakamkan haiwan itu.

“Kami dilarang berhenti di tengah jalan. Saya perlu memastikan sentiasa berada di hadapan bagi mengambil seberapa banyak gambar haiwan itu. Selepas lencun dengan peluh, di penghujung jalan terpaksa bersoal jawab dengan polis kerana dituduh menyebabka­n gangguan trafik,” cerita Murad mengenang kembali kembara yang payah dilupakann­ya itu.

Tak sengaja

Mengimbas detik permulaan projek #followmeto, Murad berkata, ia diilhamkan sekitar 2011 ketika mereka bercuti di Barcelona, Sepanyol.

Natalie pula menjelaska­n, kagum dengan keindahan kota itu, dia tanpa sengaja menarik tangan Murad sebelum berlari-lari anak menunjukka­n tempat yang sangat menarik.

“Sebaik menoleh ke arahnya, Murad memetik butang kamera bagi merakamkan gambar saya. Itulah foto pertama yang mengubah hidup kami dan Murad tidak pernah lekang dengan hobinya itu hingga kini,” kata Natalie yang tidak dapat mengingati entah berapa pasang baju sudah tersarung di tubuhnya semata-mata memenuhi keperluan fotografi suaminya.

“Busana digayakan isteri saya memang sedia cantik bukan dengan bantuan aplikasi photoshop,” sampuk Murad.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kubu Amer, Jaipur, India.
Kubu Amer, Jaipur, India.
 ??  ?? Varanasi, India
Varanasi, India

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia