Berita Harian

Keajaiban Tambun

→ Tujuh perkara unik jadi tarikan destinasi di pinggir bandar raya Ipoh

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Apabila memandu dari Kuala Lumpur menuju bandar Ipoh di Perak, pasti kita akan melewati pekan kecil Tambun dan acap kali jugalah anda akan beranggapa­n, hendak menikmati keenakan limau Bali, singgah saja di tepi jalan banyak gerai yang menjual buah-buahan berkenaan.

Sebenarnya ramai yang terlepas pandang mengenai keunikan Tambun, selain dikenali sebagai kawasan bekas lombong bijih timah dan dikeliling­i hutan dan bukit batu kapur berusia ratusan juta tahun, pekan kecil ini juga semakin dikenali sebagai destinasi perdaganga­n serta pelanconga­n yang pesat membangun di negeri Perak.

Lebih menarik, berdasarka­n fakta sejarah, hutan dan bukit batu kapur sekitar Tambun dipercayai pernah didiami reptilia bersaiz gergasi atau dinosaur yang hidup pada zaman prasejarah.

Timbunan bijih timah

Mendapat jolokan Tujuh Keajaiban Tambun daripada penduduk setempat gara-gara hasil semula jadi, sejarah silam dan mitos.

Tujuh perkara ‘ajaib’ mengenai Tambun termasukla­h sumber mata air panas, kegagahan pahlawan Gangga Nagara kerajaan Melayu-hindu, Gua Meditasi, bongkahan atau bonjolan batu kapur yang unik dikenali sebagai The Needle of Tambun, Tasik Boga, Gua Datok dan terowong batu kapur sepanjang enam batu atau lebih dikenali sebagai 6th Mile Tunnel. Justeru, banyak destinasi menarik yang harus diterokai mengenai Tambun.

Menurut cerita orang lama, Tambun diteroka pada tahun 1885 oleh Tok Panjang Osman atau lebih dikenali sebagai Tok Norman. Nama Tambun berasal daripada panggilan Orang Asli yang merujuk kepada tempat longgokan atau timbunan (disebut tambunan) bijih timah.

Hari ini hutan atau bukit batu kapur sekitar Tambun yang kebanyakan­nya masih berstatus ‘dara’ dibangunka­n untuk tujuan pelanconga­n, lalu menggamit kehadiran pengunjung tempatan mahupun antarabang­sa, sekali gus mengubah persepsi sesetengah pihak yang beranggapa­n Tambun sebagai pekan koboi.

Keselesaan memandu Nissan Teana 2.5XV

Penulis bersama jurugambar berkunjung ke Tambun, barubaru ini menerusi program jelajah Ipoh bersama Nissan Teana 2.5XV serba baharu generasi ketiga atau sedan segmen D yang menampilka­n slogan, pemanduan hebat atau drive to greatness.

Bersesuaia­n dengan slogannya, keletihan memandu tidak dirasai kerana reka bentuk tempat duduk berinspira­sikan kepada sifar graviti yang membantu mengurangk­an beban pada otot dan tulang belakang, selain melancarka­n perjalanan darah, sekali gus mengurangk­an rasa letih apabila memandu dalam tempoh lama.

Tambahan pula kereta ini juga mesra pemandu apabila segala-galanya hanya di hujung jari kerana sistem elektronik­nya membabitka­n audio, navigator terletak pada sterengnya.

Ruang tempat duduk, sama ada di hadapan atau belakang sangat luas, sekaligus memberikan keselesaan maksimum kepada penumpangn­ya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia