Berita Harian

ROTI BAKAR SLIM RIVER

Ketuhar batu-bata rahsia keenakan

- kembara@bh.com.my Oleh Rosman Shamsudin

Dalam era moden dan canggih, Mokhtar Ahmad Mohd Taqi sepatutnya menggunaka­n mesin yang lebih cekap, mudah serta menjimatka­n kos untuk memajukan kilang roti yang diusahakan ayahnya lebih 40 tahun lalu.

Bagaimanap­un, beliau tetap memilih untuk mengekalka­n kaedah tradsional iaitu membakar roti dalam ketuhar batu bata.

Kaedah lama yang diwarisi daripada bapanya, Mohd Taqi Habib itu ternyata tidak mengurangk­an bilangan pelanggan. Walaupun rotinya tidak mempunyai sebarang jenama seperti roti yang berada di pasaran sekarang, ia tetap memiliki penggemar atau pelanggann­ya tersendiri.

Bahkan kaedah membakar secara tradisiona­l itu dikatakan memiliki aroma tersendiri sehingga ada pelanggan sanggup beratur ketika roti sedang dimasak (dibakar).

Jual roti guna basikal

Mokhtar Ahmad berkata, kilang rotinya yang terletak bersebelah­an Pasar Awam

Slim River beroperasi sejak tahun 1970-an lagi, diusahakan bapanya yang ketika itu menjual roti dengan menggunaka­n basikal di sekitar daerah ini.

Bermula tahun 1984, beliau mengambil keputusan berhenti kerja untuk mendalami teknik dan kaedah membuat roti secara sepenuh masa daripada ayahnya yang ketika itu mempunyai lapan pekerja.

Pada tahun 1991, apabila ayahnya mengerjaka­n haji, Mokthar Ahmat mengambil alih sepenuhnya kilang roti itu sehingga hari ini.

Beliau juga mengekalka­n cara lama yang diamalkan bapanya yang kini menjadi viral di laman sosial.

Kilang ini sungguh istimewa kerana menghasilk­an roti dengan menggunaka­n cara tradisiona­l iaitu melalui pembakaran kayu dalam ketuhar dibuat daripada batu-bata yang berusia kira-kira 64 tahun.

Ini menjadikan roti yang dihasilkan cukup enak kerana bahagian luarnya rangup, manakala bahagian dalam lebih lembut. Lebih sedap kalau roti ini dimakan ketika masih panas.

Kaedah tradisiona­l yang dikekalkan ini bukan sahaja menjadi bualan penduduk setempat, tetapi juga turut dicari oleh pelancong atau pengunjung dari luar daerah ini.

Pelanggan tunggu di luar kilang

Mokhtar Ahmat berkata, beliau dan isterinya, Norhashima­h Amir mula membuat adunan doh roti terdiri daripada tepung, gula, garam, air dan yis jam 7 pagi dengan menggunaka­n mesin khas untuk memastikan semua bahan diadun dengan sebati.

Selepas proses itu, bermulalah membuat doh iaitu membulatka­n sambil memasukkan inti roti seperti kaya, kacang atau kelapa. Semua doh yang siap itu dimasukkan dalam bekas khas dan disusun di atas para bertingkat selama dua jam untuk proses peram bagi mengembang­kan doh.

“Sebelum itu, saya akan bakar kayu dalam tempat pembakar untuk memanaskan ruang ketuhar itu kira-kira dua jam,” katanya.

Mokhtar berkata, roti yang siap diperam itu dimasukkan dalam ketuhar dengan menggunaka­n kayu panjang dan dibiarkan kira-kira 20 minit untuk memastikan roti itu cukup masak.

Beliau berkata, setiap hari sebelum kilang itu dibuka sudah ramai menunggu di luar kilang menyebabka­n beliau dan isterinya tidak menang tangan melayan mereka.

“Pelanggan pula bukan saja dari pekan ini (Slim

River) sahaja, tetapi juga dari luar daerah,” katanya.

Pelanggan pula bukan saja dari pekan ini (Slim River) sahaja, tetapi juga dari luar daerah Mokhtar Ahmad Mohd Taqi, Pembuat roti

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Memasukkan roti dalam ketuhar batu-bata selama 20 minit.
Memasukkan roti dalam ketuhar batu-bata selama 20 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia