Berita Harian

Tee-off bersama alam

Lapangan golf eksklusif untuk pelancong di Labuan

- Oleh

manlee@bh.com.my

Lpermulaan (tee box) cabaran pokok di sebelah kiri dan gaung yang dalam serta air di hadapan dan di sepanjang sisi kanannya, sedikit memberi tekanan kepada mereka yang inginkan cabaran.

Namun, apabila berjaya memukul bola melepasi gaung berkenaan, ia semakin mudah kerana tersedia green di hadapannya. Bagaimanap­un, jika tersilap langkah, bola terhumban ke dalam air.

Popular di pulau Borneo

Pegawai Jualan & Pemasaran LIGC, Majena Achan berkata, lapangan golf milik Perbadanan Labuan itu mempunyai 18 lubang Par 72 dengan panjang keseluruha­n lubang ialah 6,182 meter.

Sesuai dengan visinya, Teeoff Bersama Alam

Semula Jadi, ia dibina di atas tanah seluas 80.94 hektar dan dikeliling­i hutan.

LIGC direka dan dibina oleh Saujana Scape & Greens Sdn Bhd dengan kerjasama pereka terkenal dari Australia, Ted Parslow (EG Parslow) & Winter Golf Course Design.

“Lapangan ini menggunaka­n rumput jenis Bermuda 419 dan rumput green, Tifdwarf.

“LIGC mula beroperasi pada Ogos 2013 dan menjadi lapangan pilihan dalam kalangan pemain golf sekitar Borneo,” katanya.

Cabaran angin, kolam

Teeoff Bersama Alam Semula Jadi di LIGC dibuktikan pada lubang keempat kerana jika bernasib baik anda akan bermain dengan menyaksika­n burung bangau dan unggas lain mencari makan di tepi tasik.

“Pemandanga­n yang amat indah sekali. Begitu juga di lubang kelima Par 3, dengan berlatarbe­lakangkan laut, pastinya lebih mencabar apabila pukulan pemain terpaksa berdepan dengan tiupan angin. Jika tersalah perkiraan, pastinya bola akan masuk ke dalam air.

“Lebih mencabar lagi di lubang ke10, apabila pemain berdepan dengan dua kolam untuk Par 5. Mungkin anda boleh melepasi kolam pertama dengan jaraknya 150 meter daripada kotak permulaan, tetapi jika tersilap jangkaan bola menjunam jatuh ke kolam kedua,” kata Majena.

Tawarkan harga, pakej istimewa

Bagi anda yang berjinakji­nak dengan aktiviti ini, sebuah rumah kelab yang sederhana dan Proshop berfungsi membekalka­n semua keperluan asas untuk pemain.

Kelab ini juga mempunyai kemudahan latihan kelas pertama dengan 16 lorong, latihan putting di green dan bunker.

Untuk bermain di lapangan ini, pemain dikenakan bayaran RM170 bagi hari biasa dan RM220 pada hujung minggu serta cuti umum.

Ia meliputi bayaran green 18 lubang, buggy dan insurans harian.

Bagi pakej pertanding­an, membabitka­n lima flight (20 pemain) dikenakan bayaran RM180 seorang pada hari biasa dan RM250 seorang di hujung minggu serta cuti umum.

Ia meliputi bayaran green

18 lubang, buggy, insurans harian, dua set makanan, air mineral, cenderamat­a, persediaan kad catatan dan sistem pemarkahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia