Berita Harian

Kerja berat, bayaran murah

Porter Gunung Kilimanjar­o diberi layanan tidak setimpal

-

mzidi@bh.com.my

Wtahun itu berkata, dia membawa bebanan lebih 35 kg, yang mengandung­i perkakasan berkhemah dan bekalan makanan.

Walaupun ada peraturan had bebanan yang patut dibawa,

Justin mendedahka­n renjer taman gunung ini mudah dirasuah dan mereka mengabaika­n begitu saja larangan itu.

Tidak dibekalkan makanan secukupnya

Lebih memeritkan, Justin juga turut mendedahka­n dia tidak pernah diberikan makanan secukupnya ketika berada di atas puncak dan ini membuatkan perlu membawa keperluan asas untuk cukup untuk dirinya.

Bekas malim gunung itu berkata, dia sering berkongsi khemah dengan porter lain yang membuatkan sukar untuk tidur dengan selesa.

“Macam mana kami hendak tidur lena kalau keadaan khemah sangat teruk, basah dan bocor.

“Ada masanya apabila cuaca buruk ketika di puncak, kami seperti berendam dalam khemah kerana bocor di sana sini.

“Kami berada dalam keadaan berbahaya dan berpotensi membawa kematian kerana hipothermi­a (kesejukan melampau),” katanya.

Upah, keselamata­n lebih sempurna

Justin berkata, porter paling muda yang pernah ditemui adalah berusia 14 tahun.

Katanya, sepanjang menjadi porter di Kilimanjar­o selama enam tahun, dia sudah sampai ke puncak gunung itu lebih 200 kali.

Apabila pengembara­an berakhir dia ditinggalk­an begitu sahaja tanpa sebarang tips sebagai jurupandu yang sepatutnya menerima bayaran daripada pelanggan.

Kata Justin, upah yang diterimany­a pula sekitar RM41 ($10) hingga RM124 ($30) untuk ekspedisi selama tujuh hari.

Bekas porter itu kini mengendali­kan syarikatny­a sendiri dinamakan Tanzania Expedition­s dengan matlamat untuk memperbaik­i kehidupan dan pekerjaan pekerja gunung.

“Saya akan membayar porter dengan bayaran yang lebih baik. Ia juga membolehka­n mereka membeli persiapan yang sempurna.

“Saya juga memastikan setiap porter dapat makan tiga kali sehari di puncak dan berlindung dalam khemah yang sempurna serta selesa,” katanya.

Justin berkata, dia akan membenarka­n porter membawa berat bebanan yang dibenarkan oleh Kilimanjar­o National Park iaitu maksimum 15 kg seorang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia