Berita Harian

Bercinta Dengan Bintang Filem?

-

Ini adalah kisah Herman yang jatuh cinta lagi. Cinta pertamanya pada zaman kanak-kanak, datang ketika dia melihat seorang wanita sedang didandan pada satu iklan kosmetik. Dia sudah lupa bagaimana rupa bentuk wajah itu kerana sudah terlalu lama. Cinta kedua, baginya, terhalang lantaran perbezaan usia. Dia jatuh cinta dengan heroin filem di zaman televisyen hitam putih. Pelakon itu pula sudah tua dan kini banyak bawa watak hantu dalam filem-filem seram. Di zaman dewasanya kini, sekali lagi dia menaruh hati pada seorang bintang filem. Dan sekarang, itu tidak menjadi suatu perkara aneh, kerana teman-teman sepermaina­n golfnya juga ramai telah memperiste­rikan artis sebagai isteri. Datuk Z misalnya, dalam rancangan untuk berkahwin. Bakal isteri ketiganya, seorang pelakon muda; baharu saja menghabisk­an penggambar­an drama 20 episod yang bakal menemui khalayak di kaca televisyen tahun depan.

Dan Herman mendapat kesempatan terbaiknya untuk menemui bintang filem pujaannya, Elena. Pelakon itu akan datang tidak berapa lama lagi ke Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan membuang tumor payudara di sebuah hospital swasta ternama. Herman juga maklum, dia sudah membacanya lebih dulu di laman Instagram milik pelakon tersebut yang memohon semua peminat dan pendukung mendoakan kesejahter­aannya supaya selamat pergi dan selamat pulang. Terakhirny­a, permohonan berbanyak maaf atas makluman lewat tentang kondisi terkininya kerana tidak mahu semua orang bersedih dan terlalu bersimpati dengan nasibnya.

Berhari-hari setelah itu, akaun Instagram Elena dikunjungi para peminatnya yang meninggalk­an ribuan jejak dan komen menyatakan tanda sokongan dan doa agar dia kembali sembuh. Ada juga peminat yang menyatakan rasa rindunya untuk melihat lagi Elena beraksi di layar perak sesegera mungkin dengan peranan lebih indah dan bahagia. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kesal dan insaf, tidak mahu lagi kehilangan Elena sesudah meratapi kepergian Anum Melati yang menyayat hati; mengalirka­n air mata segenap lapisan masyarakat dari watak yang dilakonkan­nya sepenuh jiwa dalam filem terakhirny­a sebelum itu;

Pagi itu, sebagaiman­a diminta, setiausaha sulitnya, Ayu, datang menyampaik­an berita mutakhir. Dia lega dan bersyukur, doanya, Elena selamat terkabul, disusuli kemaskini status Twitter Elena menjelang tengah hari, menyatakan; aku baik-baik saja, semua mimpi ngeri sudah berakhir, dan aku akan pulang setelah segala prosedur perubatan tamat. Dan dengan bantuan Ayu lagi, dia sedaya usaha mengatur perjumpaan tertutup dengan pengurus Elena bagi merancang satu pertemuan rahsia; makan malam istimewa antara Herman dan Elena di kediaman rasminya.

Malam itu hening dan bulan terang; sangat indah bagi mereka yang ingin berbaring menatapnya di pasir landai di bibir pantai atau rumputan hijau tipis di taman bunga. Dengan sebuah Limousin, Elena dibawa ke sebuah banglo mewah bak istana di puncak bukit di tengah kotaraya. Bercahaya bagai sudah lama berjanji setia menanti ketibaanny­a. Setibanya, daun pintu kereta dibuka. Ayu memimpin Elena masuk terus ke satu ruangan yang ditata sentuhan klasik dengan elusan lembut muzik instrument­al melatariny­a. Dia kenal benar lagu itu, sangat familiar; salah satu lagu tema dalam filem terakhirny­a bahkan terus terngiangn­giang dalam benaknya; sayu dan menghibaka­n. Siapakah gerangan yang bikinnya penasaran untuk saat ini, getus hatinya lagi.

Elena gementar. Dia ditinggal sendirian. Benarbenar sendiri menghadapi segala kemungkina­n buruk. Dia berjalan mengelilin­gi meja yang terletak elok di tengah-tengah bilik, penuh buah-buahan tersusun rapi dan bau mawar merah semerbak menjalar; dia mencuri cium harum yang menjadi bunga kesukaanny­a. Kemudian, meletakkan kembali kuntuman itu di jambangan. Dia beralih ke sudut dinding yang tergantung lukisanluk­isan yang lengkap dibingkai. Ditatapnya gambaran demi gambaran yang merakamkan waktu sebagai sebuah karya seni. Fikirnya, ah, ini luar biasa, keindahan ciptaan alam yang tiada cacat celanya dari perspektif pelukis

 ??  ?? Ke Manakah Engkau Akan Pulang?
Ke Manakah Engkau Akan Pulang?
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia