Berita Harian

Saintis bingung punca burung bunuh diri

Unggas malang jadi sasaran penduduk percaya tahyul di Jatinga

- Bennie Zie Fauzi

Sbennie@bh.com.my

epasang matanya bercahaya bercerita mengenai burung. Khabarnya, tahun lepas, hampir 30 burung ‘tumpas’ di tangannya.

Bansaindr Suchiang, salah seorang penduduk di Jatinga iaitu sebuah perkampung­an kecil di daerah Assam, timur laut India bukan berseorang­an dalam memburu dan membunuh unggas itu.

Hampir seluruh penduduk menunggu detik kawanan burung singgah di Jatinga.

Selama berabad lamanya, kampung yang dikenali dengan panorama alam menghijau dan dikepung gunung-ganang itu menghidang­kan realiti menakutkan berikutan kematian burung menjelang pertukaran musim.

Mitos burung ‘membunuh diri’ di langit Jatinga setiap September hingga November tatkala cuaca dalam keadaan tidak menentu sekali gus memaksa unggas malang itu menjadikan cahaya dari perkampung­an di Jatinga ini sebagai panduan untuk terbang.

“Kami nyalakan lampu dan lantera khusus menarik perhatian burung itu. Sebaik mereka mendekati cahaya, kami tangkap dan pukul dengan belantan,” kata Suchiang.

Angkara roh jahat

Setiap kali pengakhira­n monsun ketika matahari mula terbenam, ratusan burung dilihat melayang turun tanpa menyedari maut menanti akibat melanggar bangunan dan pokok.

Fenomena ini mengundang tanda tanya bukan saja dalam kalangan pelancong malah saintis yang berpendapa­t unggas itu bukan spesies sewenangwe­nangnya membunuh diri.

Bagi penduduk tempatan, mereka yang percaya roh jahat di langit bertanggun­gjawab ‘membawa turun’ burung itu.

Beberapa eksperimen dilakukan oleh pakar hidupan liar, memutuskan ia berpunca daripada kabus tebal monsun yang mengehadka­n jarak penglihata­n seterusnya mencetuska­n kekeliruan bagi haiwan berkenaan.

Cahaya dari perkampung­an menarik minat unggas itu terbang menghala ke arahnya, namun yang tidak bernasib baik, mati dan cedera melanggar tembok dan dinding.

“Burung yang cedera dan kebingunga­n itu tidak mempunyai kudrat untuk terbang lagi, dipukul pula sampai mati oleh penduduk kampung,” kata seorang saintis.

Hilang habitat

Kajian juga menunjukka­n kumpulan burung itu hanya datang dari utara dan bertumpu di satu tempat seluas 200 meter lebar dan 1.5 kilometer panjang.

Cahaya di sepanjang kawasan selatan kampung pula gagal mengumpan walau seekor burung pun.

Lebih menghairan­kan, tiada burung migrasi terbabit sebaliknya yang bernasib malang adalah 44 spesies tempatan yang datang dari lembah dan lereng bukit berhampira­n, antaranya burung raja udang, Black Bittern, Tiger Bittern dan Heron.

Penemuan saintis dan pemerhati burung mendapati majoriti unggas berkenaan kehilangan habitat disebabkan banjir yang berlaku ketika musim monsun. Ia mendorong penghijrah­an beramai-ramai dan Jatinga salah satu laluan perlu ditempuhi.

Namun, sehingga kini pengkaji gagal mengemukak­an dengan jelas kenapa burung berkenaan memilih terbang pada waktu malam, selain mengulangi kitaran terperangk­ap di tempat serta pada waktu yang sama setiap tahun.

“Jelas, ia bukan perbuatan bunuh diri. Namun, hakikat burung itu mudah tertarik kepada cahaya dan terbang melulu ke arah sebarang objek bercahaya masih memeningka­n kepala pengkaji,” kata pakar ornitologi (pakar berkaitan burung) di Assam, Anwardin Choudhry.

Penduduk tinggalkan kampung halaman

Fenomena digelarkan penduduk tempatan sebagai ‘avian harakiri’ diperhatik­an buat pertama kalinya oleh Zeme Nagas iaitu penduduk asli yang menetap di situ pada 1900.

Disebabkan takut dengan perkara pelik yang berlaku, mereka mengambil keputusan meninggalk­an kampung halaman dengan menjual tanah kepada kaum Jaintias.

Penghuni baharu sebaliknya, menganggap fenomena berkenaan sebagai anugerah dari Tuhan.

Ia kini tidak dianggap misteri lagi sebaliknya sebahagian tarikan pelanconga­n yang membawa keuntungan besar selain meletakkan nama Jatiga dalam peta dunia.

Ketua eksekutif Majlis Autonomi Dima Hasao, Debojeet Thaosen berkata: “Meskipun dilihat zalim, ia berjaya memadamkan ejekan destinasi keganasan kepada tarikan pelanconga­n unik di dunia kerana hanya berlaku beberapa bulan dalam setahun,”katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kawanan burung menghala ke Jatinga tanpa menyedari maut menanti.
Kawanan burung menghala ke Jatinga tanpa menyedari maut menanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia