Berita Harian

Usaha pelihara, biak seladang di Jenderak

Langkah pastikan 32 spesies lembu liar kekal jadi khazanah negara, tidak pupus

- Oleh Zubir Mohd Yunus zubir_yunus@bh.com.my

Sepuluh atau 20 tahun lalu, pelancong yang berkunjung ke Malaysia, mudah bertemu seladang kerana haiwan bovin besar dan berkulit gelap seakanakan berminyak ini hidup liar di habitatnya dalam hutan hujan tropika Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Kini, seladang semakin pupus, gara-gara pemburuan tidak terkawal, hanya sebilangan kecil ditempatka­n di hutan simpan atau zoo untuk tatapan umum, sekali gus dianggap antara haiwan warisan negara.

Tidak dibuka kepada awam

Kewujudan Pusat Konservasi Hidupan Liar (Seladang) di Jenderak Selatan, Jenderak berperanan meningkatk­an populasi seladang yang terancam dan hampir pupus ini dengan menjalanka­n pembiakan dalam kurungan.

Pusat konservasi seladang di Jenderak Selatan, kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar Temerloh, tidak dibuka kepada orang awam mahupun pelancong untuk sebarang tujuan.

Penulis bersama jurugambar dan wakil dari Taman Negara Kuala Tahan, baru-baru ini diberi peluang hampir sejam untuk menerokai ladang pembiakan dan melihat sendiri habibat sebenar seladang.

Setiap hari 32 seladang di pusat konservasi ini diberi makan daun mengkirai dan rumput napier sebanyak 750 kilogram (kg) setiap satu, selain 150 kg dedak untuk memastikan tumbesaran dan tahap kesihatan seladang yang dikategori­kan daripada spesies lembu liar terbesar ini, berada pada tahap terbaik serta mampu membiak dengan sihat.

Seladang betina paling kecil di ladang ini berusia kira-kira dua minggu dan diberi nama Dahvy. Warna kulitnya keperang-perangan.

Tumpuan untuk pembiakan, kajian

Warna kulit seladang bertukar menjadi hitam berkilat seperti diselaputi minyak ketika usianya memasuki empat bulan. Kulitnya mengeluark­an sejenis minyak sebagai perlindung­an daripada serangan serangga. Hidungnya pula sentiasa berair. Sekiranya hidung seladang kering, bermakna ia tidak sihat.

Pegawai Hidupan Liar, Muhammad Idham Sahiron berkata, tugas utama atau objektif pusat konservasi seladang ialah membiak spesies berkenaan supaya tidak pupus, sekali gus memastikan ‘warisan’ negara sepertinya membuka lebih banyak peluang terutama industri pelanconga­n safari di Malaysia mampu berdaya saing di peringkat global.

“Apabila sudah cukup matang dan mampu berdikari, kami melakukan proses pelepasan ke rizab hidupan liar seperti di Krau dan Kompleks Taman Negara di Tasik Kenyir.

“Sebahagian lagi dihantar ke pusat pameran seperti Zoo Melaka dan Zoo Negara. Pusat memang tidak dibuka kepada orang awam kerana kami fokus kepada pembiakan dan kajian saja. Kami harap, seladang yang dihantar ke pusat pameran tetap, mampu memenuhi permintaan sektor pelanconga­n, sekali gus menimbulka­n kesedaran awam mengenai keperluan dan kepentinga­n pemulihara­an hidupan liar serta habitatnya,” kata Muhammad Idham.

Apabila sudah cukup matang dan mampu berdikari, kami melakukan proses pelepasan ke rizab hidupan liar seperti di Krau dan Kompleks Taman Negara di Tasik Kenyir Muhammad Idham Sahiron, Pegawai Hidupan Liar

 ??  ?? Anak seladang bernama Dahvy ini baru berusia dua minggu, kulitnya berwarna keperang-perangan.
Anak seladang bernama Dahvy ini baru berusia dua minggu, kulitnya berwarna keperang-perangan.
 ??  ??
 ??  ?? Seladang betina paling berusia di pusat konservasi diberi nama Novi.
Seladang betina paling berusia di pusat konservasi diberi nama Novi.
 ??  ?? Seladang jantan yang sudah cukup dewasa diberi nama Waja.
Seladang jantan yang sudah cukup dewasa diberi nama Waja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia