Berita Harian

Terengganu, PP dalam bahaya

Sarawak pula terlepas peluang pastikan terus kekal Liga Super

- Oleh Nik Sukry Ramli dan Faizul Azlan Razak

Terengganu berdepan penyingkir­an ke Liga Perdana musim hadapan selepas dijinakkan Kedah, 3-0 di hadapan penyokong sendiri pada aksi Liga Super yang di Stadium Sultan Mizan, malam tadi.

Keputusan mengejutka­n itu menyaksika­n skuad Penyu kini menghuni zon penyingkir­an selepas sekadar mengutip 19 mata dan perlu memenangi aksi terakhir liga untuk menghidupk­an peluang kekal bersaing di Liga Super musim hadapan.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pula sebaliknya mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga.

Helang Merah mendahului seawal minit ke-13 menerusi tandukan penyerang importnya, Thiago Augusto sebelum Shane Smeltz melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-62.

Kedahmenam­bah derita tuan rumah dengan jaringan ketiga apabila Thiago sekali lagi menyumbat gol kedua peribadiny­a untuk Helang Merah selesa 3-0 ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Kekal Liga Super Stadium Tun Abdul Razak, Jengka,

Sementara itu, di

Sarawak mensiasiak­an peluang untuk mengutip tiga mata yang menjamin tempat untuk kekal dalam Liga Super musim depan apabila diikat FELDA United 3-3.

Keputusan seri itu sekali gus menyaksika­n skuad Bujang Senang perlu menunggu aksi akhir bagi memenangi aksi menentang satu lagi pasukan bergelut dengan penyingkir­an, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk kekal bersaing dalam liga elit itu.

Dalam aksi malam tadi, The Fighters mendahului seawal minit ke-18 hasil jaringan pemain importnya, Gilberto Carlos Marangoni sebelum Tommy Mawat Bada mengikat kedudukan empat minit berselang dengan Nur Shamie Iszuan Amir meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-38.

Skuad Bujang Senang terus mengganas apabila meledak gol ketiga menerusi sepakan percuma Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke-43 namun Zah Rahan Krangar mengurangk­an defisit gol pada minit ke-52.

Ketika perlawanan dilihat bakal memihak kepada Sarawak, Lutfulla Tuarev muncul wira apabila berjaya melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Sarawak, Mohd Iqbal Mohd Suhimi untuk gol penyamaan pada minit ke-89.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia