Berita Harian

MALAM PENENTUAN

Sapura, THT berentap final hoki Piala TNB

- Oleh Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Pengendali Sapura, Yahya Atan menegaskan skuadnya tidak panik untuk berdepan Pasukan Hoki Terengganu (THT) di pentas akhir Piala TNB, malam ini walaupun tanpa kehadiran kapten Muhammad Marhan Jalil.

Marhan, 27, terlepas pertembung­an akhir di Stadium Tun Razak itu, gara-gara mengutip kecederaan buku lali kiri ketika pasukannya mengatasi KLHC 4-2, pada aksi separuh akhir kelmarin.

Yahya berkata walaupun kehilangan jeneral tengah skuad kebangsaan itu sedikit merencatka­n persiapan pasukan, namun dia percaya Sapura mempunyai dua senjata ampuh yang boleh menggalas tanggungja­wab itu.

“Ya, Marhan sememangny­a tidak akan diturunkan kerana kecederaan itu mungkin memaksanya berehat selama enam bulan. Ketiadaan dia memang dirasai dan hampir pasti membawa kelebihan kepada THT.

Dua pilihan

“Tetapi saya mempunyai dua pengganti yang sesuai untuk mengawal jentera tengah iaitu Phillips Ross Burrows dan Joel Van Huizen.

“Malah, saya yakin Burrows boleh memainkan peranan berkesan di bahagian tengah kerana dia memiliki pengalaman luas beraksi di posisi itu ketika menyarung jersi New Zealand,” katanya semalam.

Sementara itu, kapten THT, Mohd Shahrun Nabil Abdullah berkata, dia serta rakan sepasukan sudah bersedia turun pada aksi final hari ini dalam usaha mempertaha­nkan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut.

“Kami bermula agak perlahan pada awal saingan liga dan kini prestasi kami semakin meningkat. Sudah tentu kami akan sedaya upaya mahu mempertaha­nkan kejuaraan. Apapun yang berlaku, kami akan memberikan yang terbaik.

“Sapura adalah pasukan yang lebih baik musim ini dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pemain Sapura meraikan kejayaan mara ke final Piala TNB selepas menewaskan KLHC.
Pemain Sapura meraikan kejayaan mara ke final Piala TNB selepas menewaskan KLHC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia