Berita Harian

FINAL DI TOKYO

Perhitunga­n Chong Wei, Jorgensen di Terbuka Jepun

- Oleh Helmi Talkah

Jurulatih perseorang­an negara, Hendrawan menyifatka­n Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain yang bukan mudah untuk ditewaskan dan dia juga mempunyai standard yang perlu dijaga - tidak tewas di tangan lawan yang di bawahnya.

Katanya, walaupun tiada seba- rang sasaran diletakkan untuk Terbuka Jepun kali ini, namun sebagai pemain bertaraf dunia, Chong Wei sudah pasti mahu menjaga statusnya dan melakukan yang terbaik sehingga mara ke final.

“Memang kami tidak meletakkan sasaran tetapi itu tidak bermakna apabila dia hanya menikmati permainann­ya dia tidak boleh menjadi juara. Apabila dia bermain lebih tenang dan menikmati permainann­ya, dia pasti beraksi pada tahap terbaiknya sekali gus layak ke final.

Pertahan maruah

“Kita semua pun tahu Chong Wei ada maruah dan dia tidak akan suka-suka tewas kepada pemain yang bukan standard dirinya. Kalau kalah pun dia tidak akan kalah dengan mudah,” kata Hendrawan ketika dihubungi di Tokyo, semalam.

Terdahulu, Chong Wei yang juga juara lima kali di Tokyo mara ke final selepas menewaskan Marc Zwiebler 21-14, 21-15 dalam aksi separuh akhir, semalam.

Dia akan membuat perhitunga­n dengan pemain Denmark, Jan O Jorgensen yang menyingkir­kan Son Wan Ho dari Korea Selatan 21-14, 21-19 bagi perebutan gelaran juara, hari ini.

Sementara itu, cabaran beregu campuran negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying d Terbuka Jepun berakhir selepas tersingkir di separuh akhir.

Pilihan kelima itu terpaksa akur apabila tunduk di tangan pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan, Ko Sung Hyun-kim Ha Na 14-21, 18-21 dalam tempoh 36 minit.

Kekalahan itu sekali gus menyaksika­n hasrat Peng Soonliu Ying mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2012 tidak kesampaian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia