Berita Harian

TERAJU FAM

Peminat cabar TMJ pimpin FAM

- Oleh Syafiq Aznan

Keputusan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilihat seakan berbelah bahagi untuk menjadi peneraju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Berdasarka­n komen menerusi akaun Facebok BH semalam ada sebahagian mahukan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mempertimb­angkan jawatan berkenaan kerana percaya akan reputasiny­a memulihkan kembali reputasi FAM.

Pengguna laman sosial Facebook dengan nama Pengembara Senja Bayu menulis 'Ayuh TMJ masih ramai rakyat dari perlis ke johor.. sampai lah ke sabah dan sarawak mengharapk­an Tuanku pegang jawatan tertinggi FAM ini...

“...agar perubahan demi perubahan dapat Tuanku lakukan.. moga kebajikan negeri kelab dan pemain lebih baik..ya benar... jdt keutamaan..tapi bantulah semua ahli gabungan yg ada sekarang..

“...kami semua mengharapk­an yang terbaik.. hanya tuanku yg lebih layak dalam jawatan ini untuk menghapusk­an orang-orang berkepenti­ngan peribadi..ayuh Tuanku..ubah lah bola sepak kita.. agar semakin jauh kita dimata dunia..lebih tinggi di mata pengkritik tuanku," katanya yang turut menyertaka­n 'hashtag #fanperakfa.

‘Bersihkan’ FAM

Faizal Zal Faizal pula mahukan Tunku Ismail 'membersihk­an' badan induk itu dengan menulis 'Ambik peluang nie TMJ, buang mana yang busuk .... rakyat malaysia tak harap kemenangan atau kejuaraan segera utk pasukan malaysia tapi rawatan segera kepada kepimpinan FAM yg kian parah... viva selangor.."

Muhammad Haziq Amsyar mengakui 'Walaupun aku fans kelantan dan tak suka sgt dgn geng2 jdt, tapi aku tetap mengaku, tmj banyak bawa perubahan dalam liga malaysia . Please la TMJ . Terima jelahh.'

Namun, ada juga individu yang dilihat cuba 'mencabar' Tunku Ismail supaya menyahut cabaran memegang jawatan Presiden FAM supaya dapat melakukan perubahan dan revolusi sama seperti yang dilakukan ke atas pasukan Harimau Selatan.

Menerusi akaun Facebook Muhammad Fitrii, dia menulis 'nakkan perubahan.. bila dah ada peluang..xnak ambk pulak..pastu bila org yg salah pegang..bising balik..nakkan perubahan la ape laa..

“...kalau betul2 nakkan perubahan..bertanding..ambik masa..tukar apa yg ptut..buat apa yg ptut...smpai masa..lepas kat org lain.."

Nas Cheik Ee pula berkata ‘orang dah bagi peluang .... jangan bagi banyak alasan lagi.takkan cakap ja.. tolonglah tingkatkan mutu bolasepak negara .... mcm yg di canang2..’

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang ditemui di Wisma FAM semalam menegaskan mana-mana individu boleh dicalonkan pada kongres pemilihan badan induk bola sepak itu yang dijangka berlangsun­g tahun depan.

Mana-mana individu boleh dicalonkan pada kongres pemilihan badan induk bola sepak itu yang dijangka berlangsun­g tahun depan” Hamidin Mohd Amin Setiausaha Agung FAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia