Berita Harian

KPI untuk Kim Swee kekal: Hamidin

-

Kelana Jaya: Petunjuk Prestasi Utama (KPI) buat Datuk Ong Kim Swee kekal tidak berubah meskipun skuad Harimau Malaysia sedang berdepan masalah kehilangan tonggak akibat persaraan menjelang Piala Suzuki AFF 2016.

Masih mensasarka­n untuk ke final kejohanan itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan KPI yang ditetapkan kepada pembimbing kebangsaan itu hanya akan dinilai pada penghujung tahun hadapan.

"KPI untuk Kim Swee memiliki tiga aras iaitu kedudukan ranking, Piala Suzuki AFF 2016 dan layak ke saingan Piala Asia. Selepas tamat semua kejohanan ini penghujung barulah FAM akan nilaikan dan tentukan bagaimana pencapaian KPI terbabit," katanya selepas penyerahan bola ultra-durable kepada ahli gabungan FAM di Kelana Jaya, semalam.

Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menyaksika­n 10,000 bola tahan lasak diagihkan kepada ahli gabungan, kelab dan jawatankua­sa untuk mempromosi sukan bola sepak yang boleh dimainkan di atas semua permukaan padang.

Skuad B-19 gagal menyerlah

Dalam perkembang­an lain, Hamidin menjelaska­n FAM tidak merancang untuk 'mengaktifk­an' semula program Harimau Muda meskipun melihat prestasi terumbang-ambing yang diraih skuad remaja negara dalam dua kejohanan yang disertai baru-baru ini.

Skuad Bawah 19 tahun negara di bawah bimbingan Frank Bernhardt gagal merebut slot ke separuh akhir saingan Piala AFF Bawah 19 Tahun apabila menduduki tangga ketiga Kumpulan A hasil dua kemenangan daripada empat perlawanan.

Selain itu, skuad Bawah 16 tahun negara yang dibimbing P Somasundra­m sekadar menamatkan saingan di tangga keempat Kumpulan C Kejohanan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) sekali gus gagal mengulangi pencapaian dua tahun lalu layak ke suku akhir.

 ?? [FOTO ISKANDAR/BERNAMA] ?? Hamidin (belakang kiri) dan Pengarah Komunikasi AFC, Colin Gibson bersama pemain cilik pada majlis penyerahan bola ultra-durable kepada ahli gabungan FAM di Kelana Jaya, semalam
[FOTO ISKANDAR/BERNAMA] Hamidin (belakang kiri) dan Pengarah Komunikasi AFC, Colin Gibson bersama pemain cilik pada majlis penyerahan bola ultra-durable kepada ahli gabungan FAM di Kelana Jaya, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia