Berita Harian

Pahang hidupkan peluang, PP terus cemas

- Oleh Syafiq Aznan dan Asrol Awang

Kuantan: Pahang menghidupk­an peluang untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan selepas menewaskan Pulau Pinang 1-0 di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi.

Bagaimanap­un, keputusan sama ada skuad Tok Gajah masih kekal bersaing dalam saingan liga musim hadapan hanya dapat ditentukan pada aksi terakhir. Begitu juga kedudukan Pulau Pinang.

Pada perlawanan itu, skuad kendalian Razip Ismail yang memerlukan kemenangan melancarka­n serangan sebaik perlawanan bermula dan kapten pasukan, Matthew Davies menceriaka­n pasukan itu apabila tandukanny­a menerjah jaring seterusnya menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-11.

Pahang lebih agresif

Gol pendahulua­n itu menyaksika­n Pahang lebih agresif untuk menambah gol tetapi dinafikan skuad kendalian Nenad Bacina yang kekal bertahan dengan kecekapan Sani Anuar mengawal gawang banyak menghampak­an pasukan tuan rumah.

Namun, Pahang gagal menambah gol meskipun beraksi menentang 10 pemain apabila pemain Pulau Pinang, Mohd Farisham Ismail diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, J Suresh selepas menerima kad kuning kedua.

Begitupun, kemenangan tipis itu sudah cukup memberikan tiga mata berharga buat Pahang dalam usaha untuk terus kekal dalam saingan liga sekali gus mengecewak­an Pulau Pinang yang kini menduduki zon penyingkir­an.

Sementara itu, di Stadium Shah Alam, aksi 'El-classico Malaya' berakhir dengan kemenangan untuk Perak yang menewaskan tuan rumah, Selangor dengan keputusan 1-0 sekali gus menyaksika­n The Red Giants terjerumus ke tangga kelima liga.

Lebih mengecewak­an, The Bos Gaurus beroleh jaringan kemenangan menerusi gol sendiri pertahanan import Selangor, Ugo Ukah yang cuba mengeluark­an percubaan Nasir Basharudin pada minit ke-49.

Hasrat Selangor untuk memburu gol penyamaan tampak sukar apabila Ukah dilayangka­n kad kuning kedua selepas mengasari Fazrul Hazli pada minit ke-82 sekali gus membolehka­n Perak membawa pulang tiga mata berharga.

 ??  ?? Kapten Pahang, Matthew Thomas Davies (depan, kanan) meraikan jaringan ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur malam tadi.
Kapten Pahang, Matthew Thomas Davies (depan, kanan) meraikan jaringan ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia