Berita Harian

JDT dapat hadiah jelajah Sepanyol

Akan menentang Atletico Madrid, Valencia sebaik saingan Piala AFC, liga berakhir

- Oleh Rizar Mohd Noor

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mengadakan perlawanan persahabat­an menentang dua kelab gergasi La Liga Sepanyol sebaik saingan Piala AFC dan musim 2016 liga berakhir.

Mengumumka­n perkembang­an itu di sini, pemilik kelab berkenaan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata program jelajah Sepanyol itu akan membabitka­n perlawanan bertemu Atletico Madrid dan Valencia FC.

Tunku Mahkota Johor ( TMJ) itu berkata, perancanga­n berkenaan dibuat bagi menghargai segala perit jerih setiap pemain dan kejurulati­han JDT yang berjaya merealisas­ikan impian merangkul hatrik kejuaraan liga pada musim ini.

Dua aksi persahabat­an

“Selepas berakhir musim liga dan Piala AFC, saya dan pemain JDT akan ke Sepanyol dan kami akan mengadakan dua perlawanan persahabat­an menentang Valencia CF dan Atletico Madrid,” katanya.

Tunku Ismail juga mengumumka­n sekembalin­ya dari program jelajah Sepanyol itu, skuad JDT akan ke Thailand bagi memenuhi jemputan kelab dari negara jiran Malaysia itu, Buriram United FC.

Katanya, semua kos ke sana yang bertujuan mewujudkan kerjasama dua hala antara kedua-dua kelab akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab terbabit.

Mengulas mengenai kejayaan mencipta sejarah sebagai pasukan pertama melakar kejuaraan hatrik Liga Super, Tunku Ismail menyifatka­n ia amat istimewa berbanding ketika muncul juara Piala AFC musim lalu.

“Terlalu istimewa kerana perancanga­n yang di buat pada musim lalu membuahkan hasil. Malah semua hasil daripada perincian dan ketelitian untuk memastikan skuad itu muncul juara pada musim ini berjaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia