Berita Harian

PDRM belum tekan butang panik

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Fauzi Pilus masih belum menekan butang panik dalam usaha pasukannya untuk terus kekal di Liga Super musim depan, walaupun tewas 2-1 kepada Kelantan, di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Sebaliknya, dia masih berkeyakin­an pasukan bimbingann­ya itu mampu kekal di liga berprestij terbabit dengan misi buruan tiga mata berdepan Sarawak di Kuching pada 22 Oktober dijangka mampu digapai.

Katanya, kegagalan meraih sebarang mata dalam pertemuan berdepan skuad Pamoga Que Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bukan petanda pasukannya gagal bertahan di liga berkenaan sebaliknya menjadi pengajaran bermakna untuk aksi terakhir.

Lakukan terbaik (gambar)

“Tiada istilah mengalah dalam perjuangan dan kami pasti masih mampu melakukan yang terbaik pada aksi terakhir kelak. Namun fokus kami kini terarah ke separuh akhir Piala Malaysia dan melupakan kekalahan kepada Kelantan,” katanya.

“Apapun, saya lihat pemain berusaha memberi yang terbaik sepanjang permainan namun beberapa peluang yang hadir gagal diterjemah dengan jaringan terutama pada babak kedua,”.

Dalam perlawanan kelmarin, menyaksika­n Indra Putra Mahayuddin dan Blaze Ilios meledak jaringan kemenangan buat pelawat manakala gol sagu hati PDRM di cetak Mohd Fakhrul Aiman Sidid.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi menyifatka­n kekalahan itu memberi hikmah kepada pasukannya kerana dapat mengenalpa­sti kelemahan sebelum turun menentang Kedah di Stadium Darul Aman, 30 September ini dan 15 Oktober di sini, bagi aksi separuh akhir Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia