Berita Harian

Hampir 7 juta sertai Hari Sukan Negara

-

Machang: Hampir 7 juta penyertaan direkodkan membabitka­n pelbagai aktiviti sempena Hari Sukan Negara yang akan diadakan serentak di seluruh negara, pada 8 Oktober ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jumlah itu sudah melebihi sasaran seramai enam juta yang ditetapkan kementeria­n pada tahun ini.

“Kalau tahun lalu, kita hanya sasarkan 10 peratus penyertaan penduduk, tahun ini kita mensasarka­n 20 peratus daripada 32 juta rakyat Malaysia.

“Setakat ini 6.9 juta sudah mendaftar sebagai peserta dan jumlah itu melebihi sasaran enam juta yang kita tetapkan dan ia membabitka­n 22,000 acara yang akan berlangsun­g seluruh negara,” katanya selepas merasmikan Program Fit Malaysia di Sekolah Menengah Sains Machang di sini, semalam.

Kayuh 30 kilometer

Lebih 10,000 orang menyertai program berkenaan yang turut dihadiri Ahli Parlimen Machang yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.

Pada program itu, Khairy turut meluangkan masa mengayuh basikal sejauh 30 kilometer bersama peserta yang terlibat.

Khairy berkata kementeria­n turut memperuntu­kkan sebanyak RM500 kepada setiap Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di seluruh negara dalam menyemarak­kan lagi Hari Sukan Negara.

BERNAMA

 ?? [ FOTO SYAMSI SUHAIMI / BH ] ?? Khairy Jamaluddin (depan) bersama peserta memulakan kayuhan 30 kilometer sempena program Fit Malaysia peringkat Kelantan di padang Sekolah Menengah Sains Machang, semalam.
[ FOTO SYAMSI SUHAIMI / BH ] Khairy Jamaluddin (depan) bersama peserta memulakan kayuhan 30 kilometer sempena program Fit Malaysia peringkat Kelantan di padang Sekolah Menengah Sains Machang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia