Berita Harian

Kerana penyokong, Azizul berentap Sukan SEA 2017

- Oleh Jumiati Rosly

Petaling Jaya: Biarpun Sukan SEA bukanlah tarafnya, pelumba berbasikal bertaraf dunia negara, Azizulhasn­i Awang tetap mahu tampil dalam temasya dwi tahunan itu kerana didorong ingin beraksi di depan penyokong tempatan.

“Sebenarnya saya lebih kepada mahu beraksi. Bukanlah saya nak menang sangat di Sukan SEA. Ada dua sebab utama untuk saya turut serta iaitu saya mahu beraksi di depan peminat tempatan kerana tak ramai yang pernah lihat saya beraksi secara terus.

Aksi di velodrom

“Keduanya, saya mahu beraksi di Velodrom Nasional di Nilai yang baru siap dibina,” katanya selepas bersama-sama menyertai program bertemu peminat oleh pengeluar telefon Huawei di sebuah pusat membeli belah di sini, semalam.

Jika temasya lalu acara trek berbasikal tidak dipertandi­ngkan, acara trek bakal diadakan buat julung kalinya di Velodrom Nasional di Nilai yang bakal siap pembinaann­ya awal tahun depan.

The Pocketrock­etman itu berkata dia bagaimanap­un hanya akan menyertai satu acara individu iaitu sama ada keirin atau pecut yang bakal diputuskan jurulatihn­ya, John Beasley nanti.

“Saya akan memberikan pelumba baru naik beraksi dalam acara berpasukan kerana saya yakin pengalaman itu adalah penting bagi mereka,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Azizul yang memperoleh pingat gangsa di Rio menandatan­gani kemeja T untuk diagihkan kepada 100 peminat bertuah, selain berkongsi pengalaman bertanding di Rio de Janeiro.

 ??  ?? Shahrun Nabil
Shahrun Nabil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia