Berita Harian

‘Ironman’ Malaysia jadi mekanik

Atlet duathlon dan triathlon negara, Shahrom pilih buka kedai baiki basikal untuk kongsi kemahiran, pengalaman

- di www.bharian.com.my Oleh Haika Khazi mfaizultbh.com.my

Pengalaman dimiliki atlet duathlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah dalam sukan lasak termasuk berbasikal dimanfaatk­an sepenuhnya untuk memiliki kedai dan pusat servis basikal sendiri dikenali SA Bike Shop di Jalan Damai Raya 3, Alam Damai, Cheras di sini.

Shahrom, 37, mengakui dia memang sudah lama berminat dan gemar membaiki barangan rosak terutama kereta, motosikal dan basikal dan menjadikan aktiviti itu sebagai rutin wajib dalam senarai hobinya.

Jadi, tidak hairanlah anak kelahiran Gua Musang, Kelantan tidak pernah berganjak daripada cita-citanya memiliki kedai sendiri tetapi terpaksa menangguhk­annya kerana kekangan masa serta terikat dengan majikan yang sudah menjadi penajanya selama lebih 13 tahun.

Bosan, kurang mencabar

Namun, apabila aktiviti sukan agak berkuranga­n, kegiatan serta latihannya untuk terus aktif dalam sukan thiathlon dan duathlon agak terbantut bahkan Shahrom sendiri terpaksa bekerja di waktu pejabat seperti kakitangan lain.

“Apabila kena masuk pejabat jam 8.30 pagi dan pulang jam 5.30 petang, saya tiada kebebasan untuk berlatih seperti dulu dan semakin bosan serta kurang mencabar. “Jadi selepas berjaya dalam misi berjalan kaki di Antartika (Kutub Selatan) saya rasa memang sudah cukup masa untuk berhenti kerja dan meneruskan minat membuka kedai menjual dan membaik pulih basikal.

“Selepas beberapa bulan dan berjaya menemui lokasi sesuai, barulah saya berhenti kerja,” katanya.

Ada jiwa

Sebelum ini, Shahrom memanfaatk­an sepenuhnya waktu rehat ketika bersama pasukan berbasikal negara dengan bekerja sebagai mekanik sambilan di sebuah kedai basikal berhampira­n Kompleks Sukan Bukit Jalil.

“Apabila tiada latihan bersama pasukan basikal, saya tidak suka duduk diam. Apabila ada kerja sambilan, sekurang-kurangnya kita ada pendapatan tambahan selain elaun bulanan.

“Kalau kita mahu jadi mekanik basikal kena cermat (teliti) dan ada jiwa (minat mendalam) untuk membaiki basikal barulah ok. Jika kita tiada jiwa, ia memang sukar dan kurang menjadi kerana semuanya berkaitan antara satu sama lain dan memerlukan penelitian,” katanya berkongsi petua.

Kini, Shahrom berpuas hati kerana sudah mampu memiliki kedai menjual dan membaik pulih basikal dengan menggunaka­n modal sendiri.

“Kedai basikal ini masih baru. Papan tanda cantik pun belum ada, namun Alhamdulil­lah sambutanny­a baik.

Tetap aktif berlatih

“Ramai kenalan rapat dalam sukan marathon, thiathlon, basikal bukit (MTB) menghantar basikal mereka ke sini untuk dibaik pulih,” katanya.

Pada masa sama, Shahrom tetap aktif berlatih untuk mengekalka­n kecergasan dan stamina. Sehubungan itu, waktu operasi kedainya juga akan bermula jam 11 pagi hingga 7 petang bagi membolehka­nnya menjalani latihan mengayuh berbasikal ke Hulu Langat dan berlari 15 kilometer di kawasan sekitarnya.

“Laluan di Hulu Langat selamat dan kurang sesak. Ketika ini, peluang untuk menyertai kejohanan Ironman, triathlon atau duathlon agak terbatas dan memerlukan perancanga­n rapi.

“Saya mungkin akan menyertai Rembau Challange pada 23 Oktober ini. Sebagai peserta, saya juga dijemput menjadi sebahagian daripada pasukan mekanik rasmi kejohanan bersama dua lagi mekanik lain.

“Saya juga akan menyertai kejohanan Powerman di Filipina pada Disember nanti dengan semua kos ditanggung pihak penganjur sepenuhnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Shahrom menunjukka­n kemahiran membaiki basikal di kedai miliknya.
Shahrom menunjukka­n kemahiran membaiki basikal di kedai miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia