Berita Harian

Bola sepak julang anak penoreh getah

-

Melaka: Kira-kira 40 tahun dulu, Anak penoreh getah, Ramli Junit tidak pernah menduga Akan menyarung jersi skuad Bola sepak Harimau MALAYA dan hari ini, dia Cukup gembira dan Berbangga kerana pernah Berada dalam senarai skuad gemilang era 1980-An.

Bagi Bekas penyerang Berbisa skuad Olimpik ini, kejayaan dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan itu dianggap satu penghargaa­n Besar yang perlu diterima sepenuh hati dan dibalas dengan kejayaan untuk negara.

Bermula detik itu, Anak kepada penoreh getah di Estet SUA Betong Port Dickson, Negeri Sembilan ini Berazam untuk mengubah sejarah perjalanan hidup dan masa depannya melalui sukan Bola sepak.

Penyerang disegani (gambar)

Mengenang detik itu, Ramli Berkata, Bakatnya dicungkil seorang guru ketika dia mewakili kampung di liga enam dan tujuh sebelah Anjuran Estet SUA Betong, Port Dickson sebelum terpilih mewakili pasukan utama Bola sepak Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.

Baginya, Selangor telah mele- takkannya sebagai penyerang disegani terutama Beraksi Bersama pemain terhebat negara termasuk Allahyarha­m Mokhtar Dahari, Mendiang R Arumugan, Khalid Ali, Datuk Santokh Singh, Abdullah Ali, Rashid Hassan dan Jamaludin Norbit .

“Bayangkan detik ketika ini. SAYA dapat Beraksi Bersama pemain hebat yang dianggap lagenda dan ikon peminat Bola sepak. Bagi saya itu juga satu kejayaan dan lebih manis APABILA dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

“Alangkah Bangganya dapat menyarung jersi negara. Ini Bukannya senang kerana kami terpaksa Bersaing hebat, tetapi hasilnya Cukup memuaskan,” katanya.

Detik indah Bersama skuad kebangsaan dan Selangor tidak Akan dilupakan sepanjang hayat, Berikutan dia mampu mengecapi era kegemilang­an mewakili Malaysia Biarpun patah gigi depan, ketika Beraksi di Jerman.

“Sayangnya, Malaysia menarik diri daripada menyertai Olimpik Moscow tetapi FAM tetap mengubati kekeCewaan pemain melalui lawatan dan perlawanan persahabat­an di Brazil, Switzerlan­d dan Jerman,” katanya sayu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia