Berita Harian

Usah malu untuk kembali ke pangkal jalan

- Umar Azis Permata, Universiti Malaya

Rasa kasihan pun ada, nak tergelak pun ada bila mengenangk­an nasib sekumpulan kecil penyokong bola sepak pasukan T-team yang mahu menyaksika­n suku akhir Piala Malaysia menentang FELDA United.

Bayangkan mereka begitu bersemanga­t nak ke stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka Pahang tetapi kerana kesilapan pemandu bas, semuanya jauh melencong sehingga ke Jempol, Negeri Sembilan.

Sebagai kelompok yang sama - peminat bola sepak, saya cukup bersimpati dengan nasib kumpulan ini tetapi mereka layak mendapat tabik 10 jari kerana semangat dan kesungguha­n yang ditunjukka­n.

Bersemanga­t

Walaupun tersesat jauh, mereka tetap bersemanga­t menonton siaran langsung di kedai makan dan pulang ke Terengganu selepas ini.

Itu cuma sebahagian kecil rempah ratus dan kerenah dalam dunia bola sepak tetapi kali ini ia daripada kelompok penyokong.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil daripada insiden kecil ini. Pertamanya, pemandu bas itu sepatutnya jangan bersikap bodoh dan sombong.

Jika memang tidak tahu arah, kenapa tidak bertanyaka­n kepada yang mahir. Keduanya, di era teknologi serba canggih ini, kenapa tidak menggunaka­n aplikasi navigasi ‘Waze’ yang banyak dimuat naik di telefon pintar.

Rosak agenda

Ketiganya, penumpang di dalam bas itu sendiri juga patut bertindak cepat dan bukannya membiarkan pemandu membuat keputusan yang merosakkan agenda.

Sama juga dalam persatuan sukan, khasnya bola sepak. Jika pemandu yang merujuk kepada pemimpin tertinggi hilang arah atau tiada hala tuju yang jelas, ia tentunya akan merosakkan pasukan atau persatuan.

Dalam hal ini, kenalah bersikap terbuka menerima teguran kerana sematamata kerana mahu membina kejayaan atau membetulka­n kesilapan. Bukankah itu lebih mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia